SIARAN LANGSUNG LIGA SUPER 7 APRIL 2012 ASTRO ARENA DAN RTM1

images1 SIARAN LANGSUNG LIGA SUPER 7 APRIL 2012 DI ASTRO ARENA DAN RTM1Liga Super 7 April 2012 menyaksikan 6 lagi perlawanan berlangsung malam ini. Semalam menyaksikan 1 perlawanan berlangsung dimana PKNS berjaya membenam T-Team 4-1 di gelanggang lawan.

Perlawanan tumpuan malam ini, adalah perlawanan Selangor vs Terengganu di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Terengganu meneruskan rekod cemerlang mereka terutama selepas menang di Kejohanan Piala AFC menentang kelab Singapore, Tampines Rovers.

Sementara Selangor yang agak terumbang ambing ketika ini, tekad bangkit dengan Irfan Bakti bakal menentang bekas pasukan yang dipimpinannya musim lalu. Jangan lupa menyaksikan siaran langsung Selangor vs Terengganu di Astro Arena 801 pada jam 8.45 malam.

Sementara itu, pendahulu liga super ketika ini, Singapore Lions XII akan bertandang ke Pasir Gudang bertemu kelab Johor FC malam ini. Apakah Johor FC mampu menyekat pasukan jemputan itu dari terus menguasai liga malam ini. Sama sama kita saksikan.

Dalam pada itu, Kelantan berpeluang menjarakkan mata dengan pasukan lain terutama Lions XII jika memungut tiga mata di Kuching malam ini berdepan Sarawak.

Kelantan mempunyai kelebihan 2 perlawanan berbanding Lions XII dijangka akan memintas kedudukan pasukan dari Singapore itu, jika berjaya memenangi baki perlawanan tersebut.

Skuad bimbingan Wan Jamak akan bertandang ke Stadium Hang Jebat, Melaka menentang pasukan Felda United malam ini. Gandingan pemain import Hamidan dan Khyril Muhymeen sekali lagi menjadi taruhan Kedah malam ini. Jangan lupa menyaksikan siaran langsung Felda United vs Kedah live di RTM1 jam 8.45 malam ini.

Perlawanan lain membabitkan pertemuan Perak vs Kuala Lumpur di Ipoh, dengan Perak terdesak mengembalikan semula keyakinan peminat selepas melalui beberapa perlawanan tanpa kemenangan.

Negeri Sembilan yang tewas besar kepada Lions XII minggu lalu, akan melayan kunjungan Sabah yang dilihat agak pincang tanpa beberapa pemain utama akibat kecederaan.

Berikut merupakan jadual perlawanan Liga Super 7 April 2012 ;

Selangor vs Terengganu 8.45mlm, Std Petaling Jaya, Kelana Jaya. Live Astro Arena Saluran 801.

KL Felda United FC vs Kedah 8.45mlm, Std Hang Jebat, Melaka. Live RTM1

Negeri Sembilan vs Sabah 8.45mlm, Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Perak vs Kuala Lumpur 8.45mlm, Std Perak, Ipoh.

Sarawak vs Kelantan 8.15mlm, Std Negeri Sarawak, Kuching.

Johor FC vs Lions XII Singapore 8.45mlm, Std Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

-Live Streaming RTM1 Felda United vs Kedah -

#LINK 1