SEPAK TAKRAW SUPER SERIES 2 ISTAF 2012 | MALAYSIA MARA KE FINAL
SEPAK TAKRAW ISTAF SUPER SERIES 2 INDONESIA 2012| MALAYSIA MARA KE PERLAWANAN AKHIR
FINAL SEPAK TAKRAW SUPER SERIES 2 ISTAF MALAYSIA VS THAILAND 26 FEBRUARI 2012| Skuad Sepak Takraw negara mara ke perlawanan akhir Super Series 2 ISTAF 2012 di Indonesia apabila menewaskan regu daripada Korea Selatan dalam pertarungan 3 set – 15-12, 15-8 dan 15-11 di separuh akhir sebentar tadi.
Malaysia mara ke separuh akhir selaku juara kumpulan A, selepas mengenepikan Indonesia selaku naib juara kumpulan, selain USA dan Jepun. Format kiraan mata sepak takraw telah pun berubah kembali kepada kiraan 15 mata dan bukan 21 mata seperti sebelum ini.
Laluan regu negara yang dianggotai oleh Mohd Fazil Mohd Asri (tekong), Farhan Adam (Apit Kiri) dan Norshahrudin Mad Ghani (Apit Kanan) ke perlawanan akhir diberi tentangan sengit oleh regu daripada Korea Selatan yang jelas menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun.
Menanti skuad kebangsaan di Final ISTAF Super Series 2 2012 nanti adalah musuh tradisi iaitu Thailand yang mudah menewaskan Indonesia di separuh akhir 15-5,15-10 dan 15-3.
Jangan lupa saksikan siaran langsung Final Sepak Takraw Super Series ISTAF 2012 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sukan Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia secara langsung di Astro Arena 801 bermula jam 2.30 petang esok 26 Februari 2012.
Diharapkan skuad sepak takraw negara dapat mengembalikan maruah negara berikutan kegagalan di beberapa temasya besar termasuk Sukan Sea yang lalu. Walaupun hakikat Thailand sememangnya gah dalam sukan ini.
Keputusan Perlawanan Akhir Sepak Takraw ISTAF Super Series 2 Indonesia 2012 akan dikemaskini nanti.
-KEPUTUSAN FINAL SEPAK TAKRAW ISTAF SUPER SERIES 2 2012 - 26 Februari 2012
Malaysia vs Thailand – 0 : 3
Malaysia tewas 3 set berturut-turut kepada pasukan ranking no satu dunia sebentar tadi. Malaysia muncul naib juara super series 2 pada kali ini.

BAGI PELUANG SEMUA PEMAIN BRU MERASA PERLAWANAN DI SEMI FINAL N FINAL GAME SUPAYA MEREKA DPT
PERBAIKI KESILAPAN DAN BERSIKAP LEBIH MATANG DLM PERLAWANAN..KALO KLH XPE,SEKURANG2NYE KTE MNCUBA UTK JD LEBIH BAIK D MS AKN DTG..