SENARAI PENUH 21 PEMAIN KEDAH LIGA MALAYSIA 2013
KEDAH FA UMUM SENARAI 21 PEMAIN LIGA MALAYSIA 2013
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) semalam mengumumkan senarai 21 pemain dengan sebahagian besar pemain merupakan anak negeri termasuk bekas pemain kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang kembali semula menyarung jersi hijau kuning bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan.
Kedah yang bakal beraksi dalam Liga Premier turut memanggil semula pemain import, Nelson Martin dari Chile yang pernah membantu skuad Kenari meranggul piala trebel bagi musim 2007/08 lalu.
Skuad bimbingan ketua jurulatih, Mario Tot itu juga bakal diperkuatkan dengan penyerang baharu dari Brazil, Chayene Mederiros Oliveiro Santos.
Presiden KFA, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, perubahan turut berlaku pada barisan pengurusan melibatkan pengurus pasukan, Datuk Khazali Din yang diganti oleh Timbalan Presiden KFA, Datuk Jeffrey Low Hang Chow.
Katanya, Mario Tot akan dibantu oleh Antonio Siscis dari Croatia manakala Talib Saidi pula dilantik menjadi jurulatih penjaga gol menggantikan Radhi Mat Din dan Ahmad Sobri Ismail.
Selain Akmal Rizal yang sebelum ini beraksi bersama Perak, Kedah turut diperkuat dengan ‘ayam tambatan’ mereka, kapten Baddrol Bakhtiar dan Mohd. Khyril Muhymeen Zambri, sekali gus menutup desas-desus yang dua pemain itu bakal meninggalkan skuad ‘Negeri Jelapang Padi’ itu.
Pemain lain yang dikekalkan ialah Mohamad Muhaimin Mohamad, Mohd. Fiqry Md Isa, Khairul Helmi Johari, Mohd. Sabree Mat Abu, Fazliata Taib, Mohd. Faizal Abu Bakar, Abdul Hadi Abdul Hamid, Hattaphon Bun An, Wan Mohd. Syukri Wan Ahmad, Mohamad Syamim Alif Mohd. Sobri dan Muhammad Ridzuan Rumlee.
Skuad Kenari turut mendapatkan enam tenaga import tempatan iaitu dua dari Sabah melibatkan Mohd. Fariss Azlan Mat Isa dan Zuraindet Jumai selain Hariri Mohd. Safi (Terengganu), Wan Hossein Wan Abd. Ghani (Perak), Arman Fareez Mohd. Ali (Kuala Lumpur) dan Mohd. Shahrul Ezrain Shamsuddin (T-Team).
sumber ; kosmo online
