SAFEE SALI TERSENARAI DALAM ASIAN BEST XI 2011 PILIHAN GOAL.COM| PASUKAN TERBAIK ASIA
SAFEE SALI TERSENARAI DALAM ASIAN BEST XI 2011 PILIHAN GOAL.COM| PASUKAN TERBAIK ASIA
Penyerang prolifik Harimau Malaya dan Pelita Jaya, Mohd Safee Sali tersenarai dalam kesebelasan pemain ASIA pilihan laman web bola sepak terkenal didunia iaitu Goal.com.
Goal.com sebuah laman web sukan bola sepak popular yang mempunyai rangkaian bahasa dalam terjemahan bahan penulisannya. Dalam senarai 18 pemain itu, safee sali diiktiraf sebagai antara pemain penyerang terbaik di Asia walaupun diletakkan dalam senarai pemain simpanan.
Beliau kini boleh berdiri setaraf dengan beberapa bintang handalan Asia yang menempa nama di Eropah. Antaranya, Yuto Nagamoto yang beraksi bersama Inter Milan di barisan pertahanan, Park Chu Yong pemain Korea Selatan yang bersama Arsenal dan bintang Manchester United, Park Ji Sung.
Walaupun, ianya hanyalah pilihan laman web tersebut, namun jelas ada pihak luar dan pemerhati bola sepak mengiktiraf kebolehan dan ketajaman Safee Sali ketika ini.
Berikut merupakan senarai penuh 18 pemain pasukan terbaik pilihan Goal.com 2011
Pasukan Terbaik Asia 2011- Pilihan Goal.com
Formasi: 4-4-2
![]() |
Penjaga Gol – Ali Al HabsiWigan Athletic dan Oman Wigan terselamat dari zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris musim lalu dan jika ada pemain yang harus dipuji, dia adalah Ali Al-Habsi. Penjaga gawang skuad kebangsaan Oman yang dipinjamkan dari Bolton itu bermain sangat baik, dan ini membuatnya terpilih menjadi pemain terbaik Wigan tahun 2011.Al-Habsi secara rasmi menyertai Wigan ketika musim panas lalu dan dia meneruskan persembahannya yang menakjubkan. Posisinya di skuad utama Wigan ketika ini semakin diterima baik oleh peminat dan rakan sepasukannya di Wigan. |
![]() |
Pertahanan Kanan – Makoto Hasebe VfL Wolfsburg dan Jepun
Kapten skuad kebangsaan Jepun ini berjaya membawa negaranya memenangi Piala Asia 2011 di Doha, Qatar. Gelaran tersebut merupakan gelaran keempat yang diraih oleh Jepun.Hasebe juga mencatatkan rekod positif di kelabnya, VfL Wolfsburg. Beliau mencatatkan penampilannya yang ke-100 di Bundesliga Jerman bersama Wolfsburg ketika menghadapi Mainz awal Disember. |
![]() |
Pertahanan Tengah – Lee Jung-Soo – Al Sadd dan Korea Selatan
Sepanjang tahun 2011, Lee Jung-Soo mampu menunjukkan bahawa dirinya adalah pemain tengah dibahagian pertahanan Al Sadd. Dia memberi sumbangan besar ketika Al-Sadd meraih gelaran juara Liga Juara Juara Asia, dia juga bermain ibaik ketika membarisi skuad Korea Selatan.Lee juga turut terlibat ketika Al Sadd menduduki tempat ketiga di Piala Dunia Kelab Fifa 2011. |
![]() |
Pertahanan Tengah – Li Weifeng – Tianjin Teda dan Cina
Setelah meninggalkan Suwon Samsung (K-League) untuk menyertai Tianjin Teda pada bulan Januari lalu, Li Weifeng terus menjadi pemain handalan kelab China itu.Bek veteran iniberubah menjadi salah satu pemain yang paling penting di Tianjin, dia juga membantu Tianjin memenangi Piala FA Cina.Berkat prestasinya itu, Weifeng kembali mendapatkan tempat di dalam skuad kebangsaan setelah Jose Antonio Camacho menjadi jurulatih dan kemudian dia menjadi pemain tetap skuad kebangsaan China.
|
![]() |
Pertahanan Kiri – Yuto Nagatomo - Inter Milan dan Jepun
Yuto Nagatomo sudah dinilai sebagai salah satu bek terbaik di Asia, pemain Jepun itumemberi sumbangan yang besar untuk Inter Milan pada tahun ini.Nagatomo memiliki kemampuan bertahan dan menyerang yang sama baiknya. Beliaumenjadi salah satu pemain tonggak Jepun ketika meraih juara Piala Asia pada bulan Januari, dan dari situ, Inter akhirnya menawarkan tempat kepada Nagatomo dengan status pinjaman. |
![]() |
Midfielder Kanan – Park Ji-Sung - Manchester United dan Korea Selatan
Park Ji-Sung menjadi watak penting ketika Manchester United memecah rekod dengan meraih gelar juara Liga Inggeris ke-19 musim lalu. Ia juga turut bermain ketika United tewas kepada Barcelona di final Liga Juara Juara Eropah.Park juga sangat berjasa membawa Korea Selatan ke separuh akhir Piala Dunia dan tempat ketiga di Piala Asia, sebelum mengumumkan bersara dari arena antarabangsa. |
![]() |
Midfielder Tengah- Mojtaba Jabbari – Esteghlal dan Iran Tahun 2011 adalah tahun terbaik Mojtaba Jabbari sepanjang karirnya sejauh ini. Ia menjadi pemain kunci Esteghlal dalam merebut posisi runner-up di liga Iran.Pemain yang sering disebut sebagai Zidane-nya Iran tersebut juga akan selalu diingat melalui golnya di derby Teheran menghadapi Persepolis bulan September silam, di mana dia terpilih menjadi Man of the Match. |
![]() |
Midfielder Tengah – Server Djeparov – FC Seoul/Al Shabab dan Uzbekistan
Midfielder yang kerap menjaringkan gol ini bersinar baik di peringkat kelab mahupun di peringkat antarabangsa. Pada tahun 2011, Beliau menjadi pemain tonggak Uzbekistan di Piala Asia, di mana mereka berjaya layak ke semi-final.Dia juga membantu FC Seoul menjadi juara K-League (liga Korea) pada tahun 2010 sebelum bergabung dengan Al Shabab pada bulan Julai lalu.Dan melengkapi tahun emasnya, Djeparov terpilih menjadi pemain Asia terbaik tahun 2011. |
![]() |
Midfielder Kiri – Matt McKay – Brisbane Roars/Glasgow Rangers dan Australia Pemain Australia ini menampilkan persembahan konsisten sepanjang tahun 2011, di mana dia berhasil menjadi pemain utama kebangsaan Australia.McKay berjaya membantu Brisbane Roars menjuarai A-League (Liga Australia) dengan status sebagai kapten pasukan, sebelum akhirnya dia dipinjamkan ke Glasgow Rangers.. |
![]() |
Striker – Lee Dong-Gook- Jeonbuk Motors dan Korea Selatan
Lee Dong-Gook membalas kritikan yang ditujukan pada dirinya dengan aksi luar biasa di tahun 2011. Beliau sangat berjasa membawa Jeonbuk Motors menjuarai K-League (Liga Korea) dengan 16 gol dan 15 assist-nya.Bekas pemain Middlesbrough tersebut juga memainkan peranan sebagai kunci kejayaan Jeonbuk ke final Liga Champions Asia, tetapi penampilannya terhad karena cedera dan pasukannya kalah dalam penentuan sepakan penalti. Aksi Lee di tahun 2011 juga membuatnya kembali dipanggil ke pasukan kebangsaan. |
Simpanan
| Kiper | Bek |
Gelandang |
Gelandang |
Mark Schwarzer (AUS) |
Hadi Aghily (IRN) |
Ahmad Bustomi (IDN) |
Shinji Kagawa (JPN) |
| Striker | Striker | Striker |
Safee Sali (MAS) |
Park Chu-Young (KOR) |
Mike Havenaar (JPN) |
sumber – goal.com
**mungkin ada lagi pemain lain yang anda fikir patut ada dalam senarai ini…Namun ini hanya pilihan laman web tersebut. Pilihan kita, dah tentu tak sama kan…














patotnye safee sali jadi striker utama bukan simpanan