You are here: Home » Sukan » Keputusan Terkini » PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA VS SABAH 24 FEBRUARI 2012
PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA VS SABAH 24 FEBRUARI 2012
PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA VS SABAH 24 FEBRUARI 2012|
KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN PERSAHABATAN
FULL TIME
MALAYSIA vs SABAH
1 : 0
amar rohidan min 79
Perlawanan persahabatan skuad kebangsaan menentang Sabah akan dilangsungkan malam ini di Stadium Likas sekitar jam 8.15 malam.
Perlawanan ini merupakan aksi pemanas badan menjelang perlawanan persahabatan Malaysia vs Filipina pada 29 Februari ini.Di pentas antarabangsa, rekod skuad negara sepanjang 10 perlawanan berstatus A tahun lalu kurang memuaskan apabila hanya mencatatkan tiga kemenangan, tiga seri dan empat kekalahan dengan kali terakhir kecundang 2-3 kepada India pada November tahun lalu.
Kali terakhir skuad kendalian Rajagobal menentang skuad Liga Super, mereka membelasah Kelantan, 5-0, awal bulan ini namun ia bukan jaminan untuk mereka terus mencatatkan kemenangan besar kerana Selangor pernah melakukan kejutan tahun lalu apabila mencatatkan kemenangan 1-0.
Selain itu, aksi 90 minit di Stadium Likas juga dilihat peluang terbaik Rajagobal mencari dan membentuk kekuatan baru skuad negara terutamanya dengan kehadiran beberapa pemain baru seperti Wan Zack Haikal Wan Nor, Shahrudin Yakup dan G Mahathevan.
Malah ketiadaan Norshahrul Idlan Talaha kerana kecederaan membuka ruang kepada penyerang lain seperti Mohd Zaquan Adha Abd Razak, Ahmad Shakir Ali dan Abdul Manaf Mamat membentuk gandingan baru bersama kapten Pelita Jaya FC, Safee Sali.
Perlawanan ini juga kita dapat menyaksikan mutu permainan kedua-dua pemain import Sabah iaitu Michael Baird dan seorang lagi Brendan Gan yang dijangka diturunkan dalam perlawanan ini. Brendan Gan juga pernah menjadi bualan para peminat di Malaysia, berikutan mempunyai kerakyatan Malaysia-Australia. Dan pernah beraksi bersama Sydney FC di Liga A di Australia.
Sehingga kini beliau masih belum mewakili Malaysia ataupun Australia dipentas antarabangsa. Apakah mutu permainannya malam nanti mampu memikat K.Rajagobal untuk memanggilnya menyarung jersi Malaysia?..Atau pemain negara lebih menyerlah daripada nya..
-Keputusan Terkini/Semasa Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Sabah akan diupdatedkan
-Tiada siaran langsung/live streaming Malaysia vs Sabah 24 Februari 2012
This entry was posted by admin on February 24, 2012 at 7:39 am, and is filed under Keputusan Terkini, Perlawanan Persahabatan. Follow any responses to this post through RSS 2.0.You can leave a response or trackback from your own site.
- NORFARHAN MUHAMMAD- ‘HARIMAU MALAYA TAK GENTAR HADAPI QATAR’
- KEPUTUSAN MALAYSIA U21 VS THAILAND U21 19 OKTOBER 2012 -SEPARUH AKHIR NEWSPAPER CUP
- NEWSPAPER CUP 2012 – HARIMAU MUDA BUAT PERHITUNGAN DENGAN SYDNEY FC PENENTUAN JUARA KUMPULAN
- SAFEE SALI TIDAK DIGANTUNG DAN MASIH BOLEH WAKILI MALAYSIA MENENTANG HONG KONG
- KEPUTUSAN TERKINI SUKU AKHIR KEDUA PIALA MALAYSIA 2 OKTOBER 2012
- PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA VS VIETNAM 11 SEPTEMBER 2012
- MALAYSIA B22 BENAM SKUAD PIALA AFF BRUNEI 4-1 DALAM PERLAWANAN PERSAHABATAN
- KELANTAN YAKIN SEKAT QPR – KELANTAN VS QPR 20 JULAI 2012 |SIARAN LANGSUNG DAN LIVE STREAMING
- PLAYOFF LIGA SUPER 17 JULAI 2012 KEDAH VS SABAH DAN PAHANG VS SARAWAK
- KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA U22 VS VIETNAM U22 30 JUN 2012



(headline) malaysia vs sabah? sabah bukan sebahagian dari malaysia ke?