KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA VS SRI LANKA 28 APRIL 2012

MALAYSIA VS SRI LANKA PERLAWANAN PERSAHABATAN   MALAYSIA BENAM SRI LANKA 6 0 DI SHAH ALAM

Skuad kebangsaan kendalian Datuk K.Rajagobal membenam cabaran Sri Lanka 6-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam sebentar tadi.

Turun dengan misi menang selepas dikritik hebat peminat tempatan selepas penurunan mendadak ranking skuad bola sepak Malaysia, K.Rajagobal menurunkan beberapa muka baru dalam perlawanan tersebut.

Antara yang mencuri perhatian adalah kelibat dua pemain Harimau Muda yang beraksi di Liga Singapura iaitu Wan Zack Haikal dan Hazwan Bakri yang meledak gol dalam perlawanan persahabatan ini.

Malaysia menguasai permainan sejurus wisel dibunyikan dengan ketua pasukan Safiq Rahim menjadi jentera penggerak dibahagian tengah sambil dibantu Kunanlan dan Wan Zack dibahagian sayap.

Malaysia membuka jaringan pada minit ke 24 hasil jaringan Wan Zack Haikal yang bijak melepasi perangkap offside selepas menerima umpanan jauh Safiq Rahim sebelum merembat bola ke gawang yang ditinggalkan terbuka oleh penjaga gol Sri Lanka yang meluru keluar untuk menerpa ke arah Wan Zack Haikal.

Selang seminit kemudian, Wan Zack Haikal meledak lagi, selepas sekali lagi menerima hantaran Safiq Rahim dan merembat bola melepasi jangkauan penjaga gol Sri Lanka, biarpun pemain Sri Lanka mendakwa beliau telah offside.

Ahmad Hazwan Bakri menjaringkan hatrik pada perlawanan ini selepas menjaringkan gol pada minit ke 72,82 dan 90+2. Dan satu gol lagi dijaringkan oleh Azamudin Akil pada minit ke 85.

Selepas ini skuad kebangsaan Sri Lanka akan menguji barisan kendalian Irfan Bakti iaitu bertemu Selangor pada 30 April ini di Stadium Shah Alam.

Video Highlights Gol Malaysia vs Sri Lanka 6-0

-credit - ammboi.com