epl 2011

KEPUTUSAN LIGA PERDANA INGGERIS 19 MEI 2013 – GAMEWEEKS #38

0

KEPUTUSAN PENUH EPL 19 MEI 2013

kocielny late goal KEPUTUSAN LIGA PERDANA INGGERIS 19 MEI 2013   GAMEWEEKS #38

Perlawanan terakhir liga perdana inggeris (EPL) musim 2012/2013 berlangsung sebentar tadi dengan kesemua pasukan menamatkan baki perlawanan terakhir mereka hari ini.

Perlawanan tumpuan sudah pastinya perebutan slot ke liga juara juara eropah (UEFA Champions League) musim 2014. Antara pasukan yang berpeluang merebut slot itu adalah Arsenal dan Totenham Hotspurs.

Manchester United yang telah meraih gelaran juara liga turun menentang West Bromwich Albion di gelanggang lawan. United yang dibimbing Sir Alex Ferguson buat kali terakhir menurunkan beberapa pemain muda dan simpanan mendahului 3-0 seawal 10 minit pertama. Gol United dijaringkan Shinji Kagawa seawal minit kelima.

Gol sendiri pemain WBA, Jonas Ollson meletakkan United 2-0 dihadapan sebelum Alex Buttner seminit kemudian. WBA bangkit dengan menjaringkan gol pertama menerusi James Morisson minit ke 40.

Bersambung babak kedua, WBA terus merapatkan kedudukan menerusi gol Romelu Lukaku minit ke 50. Pun begitu, R.Van Persie menggandakan jaringan buat United 3 minit kemudian hasil hantaran A.Valencia. Dan X.Hernandes menjadikan kedudukan 5-2 pada minit ke 63.

Romelu Lukaku muncul wira WBA, apabila meledak hatrik untuk merapatkan kedudukan menerusi gol minit ke 81 dan 86. Satu lagi gol WBA, dijaringkan oleh Youssouf Moulumbu pada minit ke 83. Keputusan kekal seri 5-5, selepas tamat permainan.

Ini merupakan perlawanan terakhir United dibawah kendalian Alex Ferguson sebelum bersara. Ini juga merupakan perlawanan terakhir Paul Scholes bersama United sebelum bersara buat kedua kalinya.

Di St James Park, Arsenal perlu melakar kemenangan ke atas Newcastle United sambil mengharapkan Chelsea gagal mengutip mata untuk selesa ke saingan liga juara juara Eropah tanpa melalui perlawanan playoff. Arsenal menang tipis 1-0 ke atas Newcastle United dan menamatkan liga di tangga ke 4 dan perlu melalui playoff liga juara juara Eropah nanti.

Namun, di Stamford Bridge Chelsea menang 2-1 ke atas Everton untuk berada di kedudukan ketiga di belakang United dan Manchester City. Gol Chelsea dijaringkan oleh Juan Mata seawal minit ke 7 sebelum Everton menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke 14 menerusi S. Naismith. Fernando Torres muncul wira Chelsea meledak gol kemenangan pada minit ke 76.

bale KEPUTUSAN LIGA PERDANA INGGERIS 19 MEI 2013   GAMEWEEKS #38

image source :ap

Keputusan ini, mengecewakan Totenham Hotspurs yang berhempas pulas sehingga minit terakhir untuk menewaskan Sunderland 1-0 hasil jaringan lewat pemain sensasi Gareth Bale pada minit ke 90. Spurs menamatkan saingan liga di tangga ke 5 sekaligus hanya bakal beraksi dalam Liga Eropah (Europa League) musim hadapan.

Tiga pasukan yang akan tersingkir ke liga kejuaraan musim depan adalah QPR, Reading dan Wigan Atletic. Manakala pasukan baru yang akan beraksi ke liga perdana inggeris adalah Cardiff City (Juara), Hull City (Naib Juara). Manakala satu lagi pasukan akan ditentukan melalui perlawanan akhir playoff diantara Watford vs Crystal Palace pada 27 Mei ini.

Keputusan Penuh Liga Perdana Inggeris 19 Mei 2013

Manchester City 2 vs 3 Norwich City

Chelsea 2 vs 1 Everton

Liverpool 1 vs 0 QPR

Wigan 2 vs 2 Aston Villa

Manchester United 5 vs 5 West Bromwich Albion

Newcastle United 0 vs 1 Arsenal

Totenham Hotspurs 1 vs 0 Sunderland

West Ham United 4 vs 2 Reading

Southampton 1 vs 1 Stoke City

Swansea City 0 vs 3 Fulham

liga super 2013

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 17 MEI 2013 – PAHANG IKAT LIONS XII, JDT MENANG

0

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 17 MEI 2013 | LIVE ASTRO ARENA KELANTAN VS SELANGOR 18 MEI 2013

liga super 2013 KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 17 MEI 2013   PAHANG IKAT LIONS XII, JDT MENANG

Gol lewat kapten Pahang, Azamuddin Akil berjaya menyelamatkan maruah pasukan Tok Gajah itu apabila mengikat pendahulu liga super Lions XII dengan keputusan seri 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.

Lions XII bermula garang apabila kapten pasukannya, Shahril Ishak membuka jaringan seawal minit ke-10, namun usaha pasukan dari Singapura itu untuk pulang dengan mata penuh digagalkan menerusi gol penyamaan yang dihasilkan oleh Azammuddin Akil pada minit ke-90.

Keputusan seri tersebut menyekat hasrat wakil Singapura yang juga pendahulu Liga Super itu untuk mencatat kemenangan ketiga berturut-turut.

Dengan tekanan tersebut Pahang membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merapatkan jurang dengan perbezaan dua mata di belakang pendahulu liga iaitu Lions XII yang kini mengumpul 35 mata selepas 17 perlawanan.

Di Stadium Ipoh, Perak yang turun tanpa kelibat pemain import dari Brazil Rafael Silva dan Paulo Rangel yang digantung tewas 1-3 kepada Terengganu. Perak yang juga kehilangan penjaga gol Farizal Marlias akibat pengantungan, menurunkan hampir separuh pemain Piala Presiden, satu keputusan yang berani oleh Azraai Khor.

Perak bermula garang pada 10 minit pertama dengan menguasai perlawanan sebelum Terengganu menemui rentak dan berjaya menjaringkan gol pembukaan menerusi Manaf Mamat pada minit ke 18.

Azlan Ismail menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama. Bersambung babak kedua, Terengganu mempamer penguasaan dan menjaringkan gol kedua menerusi Mohd Zauwawi minit ke 66 dan sepakan penalti yang diambil Khairul Ramadhan sebelum tamat permainan.

Di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu, pasukan berstatus bintang Johor Darul Takzim (JDT) mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas T-Team.

Dua gol pasukan ‘Harimau Selatan’ dijaringkan oleh Safee Sali pada minit ke-53 dan Leonel Nunez pada minit ke-68. Gol saguhati T-Team disumbangkan oleh Badrul Hisyam pada minit ke-33.

Hari ini beberapa lagi perlawanan liga super akan berlangsung, perlawanan tumpuan adalah perlawanan Kelantan vs Selangor di Kota Bahru. Perlawanan Kelantan vs Selangor ini akan disiarkan siaran langsung di Astro Arena 801 jam 8.00 malam.

Lain -lain perlawanan adalah pertemuan ATM vs Negeri Sembilan dan PKNS VS Felda United. Perlawanan ATM vs Negeri Sembilan akan disiarkan siaran langsung jam 8.45 malam di rtm1.

Go to Top