You are here: Home » Sukan » Bola Sepak » Nazmi Faiz Mansor » NAZMI FAIZ BAKAL SERTAI KELAB PORTUGAL SC BEIRA MAR
NAZMI FAIZ BAKAL SERTAI KELAB PORTUGAL SC BEIRA MAR
NAZMI FAIZ MANSOR BAKAL SERTAI KELAB DIVISYEN SATU PORTUGAL SC BEIRA MAR| JALANI TRIAL DI SC BEIRA MAR
Sukan bola sepak negara kian mendapat perhatian kelab-kelab dari luar negara. Terbaru, sebuah kelab dari Divisyen 1 Liga Portugal menyatakan hasrat membawa seorang pemain muda negara ke sana.
Berita terbaru, pemain berbakat besar Harimau Muda, Mohd Nazmi Faiz Mansor semakin hampir pasti menyertai pasukan dari Divisyen 1 di Portugal.
Kelab yang dimaksudkan adalah kelab SC Beira Mar di Divisyen Satu Liga Portugal yang kini memduduki tangga ke 12 Liga. Perbincangan mengenainya sedang berjalan dan jika dipersetujui, Nazmi Faiz akan beraksi untuk tempoh percubaan bersama kelab tersebut dari 14 Mei – 21 Mei ini.
Jika kelab tersebut berpuas hati dengan pemain yang bakal berusia 18 tahun itu, sudah pasti beliau akan ditawarkan kontrak tetap dari kelab tersebut mengikut peraturan FIFA.
Jika berjaya Nazmi Faiz berpeluang beraksi bersama seoarang lagi pemain dari Asia yang berasal dari China iaitu Zhang Chengdong di Liga Portugal. Disamping peluang untuk menentang kelab yang pernah memiliki kejuaraan Eropah seperti Porto, Benfica dan Sporting Lisbon (kelab asal Christiano Ronaldo).
Sementara itu, jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee mengesahkan perkara tersebut.
“Selepas beberapa hari perkhabaran Nazmi ke Eropah, kita akhirnya mempunyai perjanjian antara pihak Nazmi dan kelab Portugis tersebut iaitu SC Beira Mar. Beliau akan melalui ujian atau tempoh percubaan bersama mereka dari 14 Mei – 21 Mei ini”.
Mengulas mengenai kehilangan pemain utama dalam skuad Harimau Muda yang beraksi di Liga Singpura. Ong Kim Swee berkata ” Liga Singapura memang penting. Namun, saya tidak akan menolak sekiranya salah seorang dari pemain saya mendapat peluang di luar negara, terutamanya di Eropah. Lagi pula, matlamat Harimau Muda adalah memajukan masa depan bola sepak negara”.
Nazmi Faiz hanya akan menyambut hari jadi ke-18 pada 16 Ogos dan hanya boleh mendapatkan kontrak profesional selepas itu, mengikut peraturan FIFA.
Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam sebelum ini, ditawar menyertai kelab divisyen tiga Jepun, iaitu FC Ryukyu dan rundingan perpindahan semakin selesai dan mungkin akan menyertainya pada Jun ini.
**Nazmi akan jalani trial dahulu bersama kelab tersebut…jika lulus..kontrak akan ditandatangani hanya selepas beliau berusia 18 tahun iaitu pada Ogos ini…
This entry was posted by admin on May 9, 2012 at 11:49 am, and is filed under Nazmi Faiz Mansor. Follow any responses to this post through RSS 2.0.You can leave a response or trackback from your own site.
