You are here: Home » Sukan » Bola Sepak » Kelayakan Olimpik » PERLAWANAN KELAYAKAN OLIMPIK PUSINGAN KETIGA MALAYSIA VS SYRIA 14 MAC 2012| PELUANG TERAKHIR KUTIP MATA PERTAMA
PERLAWANAN KELAYAKAN OLIMPIK PUSINGAN KETIGA MALAYSIA VS SYRIA 14 MAC 2012| PELUANG TERAKHIR KUTIP MATA PERTAMA
MALAYSIA VS SYRIA 14 MAC 2012| PERLAWANAN KELAYAKAN OLIMPIK LONDON PUSINGAN KETIGA|LIVE STREAMING
Perlawanan Kelayakan Olimpik Malaysia vs Syria 14 Mac ini merupakan peluang terakhir skuad olimpik negara memungut mata terakhir meskipun peluang ke olimpik sudah pun tertutup rapat.
Selepas hampir mendapatkan mata pertama sebelum dikejutkan dengan kebangkitan dua kali Bahrain diminit akhir dang gagal menyekat Samurai Biru, menentang Syria merupakan peluang skuad Ong Kim Swee menebus kekalahan 0-2 dalam perlawanan pertama di Bukit Jalil.
Turun dengan skuad bukan kesebelasan utama dan keletihan selepas mempertahankan pingat emas sukan sea ketika di perlawanan pertama, kali ini, skuad olimpik harus menebus kekalahan tersebut dengan menampilkan permainan yang lebih menarik.
Dua puluh empat pemain, 17 daripadanya anggota skuad Harimau Muda A, dipanggil untuk menjalani latihan pusat bagi menghadapi perlawanan Kelayakan Pusingan Ketiga Olimpik menentang Syria pada 14 Mac ini di gelanggang berkecuali King Abdullah International Stadium, Amman, Jordan.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan hari ini, berkata kesemua pemain tersebut akan melapor diri kepada ketua jurulatih pasukan Olimpik, Ong Kim Swee di Wisma FAM di Kelana Jaya dan memulakan latihan dari Rabu hingga Ahad depan.
Perlawanan menentang Syria yang akan berlangsung di venue berkecuali iaitu King Abdullah International Stadium di Amman, Jordan, hanyalah sebagai pelengkap jadual bagi Malaysia selepas tewas dalam kesemua perlawanan kelayakan Olimpik sebelum ini.
Malaysia yang diundi bersama Jepun, Syria dan Bahrain dalam Kumpulan C bagi Kelayakan Zon Asia ke Olimpik London, kini berada di tangga tercorot tanpa sebarang mata. Skuad Olimpik negara memulakan kempen dengan tunduk 0-2 kepada Jepun pada perlawanan di Stadium Tosu (Jepun) dan kalah dengan bilangan jaringan sama kepada Syria di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Pada perlawanan menentang Bahrain di Bukit Jalil, Malaysia dijinakkan 2-3 dan tewas 1-2 kepada lawan yang sama pada perlawanan di Manama, Bahrain. Jepun yang bertandang ke Bukit Jalil kemudian menewaskan Malaysia 4-0.
Skuad Jepun kini menerajui Kumpulan C dengan mengutip 12 mata menerusi empat kemenangan daripada lima perlawanan sementara Syria di tangga kedua dan Bahrain di tempat ketiga berkongsi sembilan mata, namun dipisahkan melalui kelebihan jumlah jaringan Syria. Hanya juara kumpulan akan mara ke pusingan seterusnya.
Senarai pelatih skuad Olimpik- Malaysia vs Syria 14 Mac 2012 ;
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan),
Mohd Zubir Mohd Azmi (Terengganu),
Ahmad Shakir Ali (Negeri Sembilan),
Rozaimi Abd Rahman (Sabah),
Ashri Chu Chu (Sarawak),
Ahmad Fakri Saarani (Felda United),
Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (Selangor PKNS),
-(Harimau Muda A)-
Gary Stevan Robbat,
Shahrul Mohd Saad,
Mohd Affize Faisal,
Mohd Farhan Abu Bakar,
Mohamad Amer Saidin,
Mohd Fandi Othman,
Mohd Irfan Fazail,
Mohd Izham Tarmizi Roslan,
Syahrul Azwari Ibrahim,
Nazirul Naim Che Hashim,
Muhammad Nazmi Faiz Mansor,
Muhammad Izuan Mohd Salahuddin,
A. Thamil Arasu,
Mohamad Fadhli Mohd Shas,
Mohd Ferris Danial Mat Nasir,
Mohd Azzizan Nordin,
D.Saarvindran
- Bernama
-Info keputusan terkini, siaran langsung di rtm dan link live streaming akan dikongsikan menjelang perlawanan nanti-
This entry was posted by admin on March 5, 2012 at 1:24 pm, and is filed under Kelayakan Olimpik. Follow any responses to this post through RSS 2.0.You can leave a response or trackback from your own site.
- LIVE STREAMING VIDEO KELANTAN VS SIME DARBY FINAL PIALA FA 2012 -RTM1
- KEPUTUSAN TERKINI LIGA SUPER 15 MEI 2012| LIVE STREAMING RTM1
- KEPUTUSAN TERKINI FINAL HOKI PIALA REMAJA ASIA MALAYSIA VS PAKISTAN 13 MEI 2012
- KEPUTUSAN TERKINI HARIMAU MUDA VS TAMPINES ROVERS 13 MEI 2012
- KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 12 MEI 2012
- KEPUTUSAN TERKINI PERAK VS SELANGOR 11 MEI 2012 – LIGA SUPER
- KEPUTUSAN TERKINI LIGA SUPER 8 MEI 2012
- BADMINTON GP EMAS TERBUKA MALAYSIA 2012 – LEE CHONG WEI TEMU SONY DWI KUNCORO DI FINAL
- LIVE STREAMING FA CUP FINAL CHELSEA VS LIVERPOOL 5 MAY 2012
- LIVE STREAMING KELANTAN VS LIONS XII 4 MEI 2012 LIGA SUPER