NETHERLANDS VS GERMANY 14 JUNE 2012 – LIVE STREAMING |KEPUTUSAN TERKINI| BARISAN KEMUNGKINAN

euro 2012 wallpaper hd netherlands vs germany EURO 2012   PERLAWANAN MENARIK BELANDA VS JERMAN DALAM KUMPULAN B MALAM INI   LIVE STREAMING & KEPUTUSANpic – ronaldo7.net

Keputusan Penuh Euro 2012 – Kumpulan B

Germany vs Netherlands

2 : 1

m.gomez 24′ 38′ – van persie 73′

NETHERLANDS VS GERMANY EURO 2012 14 JUNE- Perlawanan Euro 2012 bagi kumpulan B antara Belanda/Netherlands dengan Jerman sentiasa memiliki keistimewaan tersendiri.  Namun, pada perhitungan awal pagi ini, kedua-dua pasukan mempunyai misi besar untuk disempurnakan.

Jerman yang masih segar dengan kemenangan 1-0 ketika menewaskan Portugal, berazam untuk meneruskan persembahan cemerlang itu bagi mengesahkan slot mereka ke suku akhir.

Belanda pula yang tewas mengejut 0-1 kepada Denmark pada perlawanan pembukaan, tiada pilihan lain kecuali menang pada perlawanan itu bagi menghidupkan peluang mereka untuk mara.

Hanya kemenangan yang akan menjamin skuad kendalian Bert van Marwijk itu untuk kekal lebih lama pada cabaran Euro kali ini. Andai tewas, Belanda sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Euro 2012.

“Ini merupakan satu perlawanan yang cukup getir tetapi kami harus membuktikan Belanda mampu muncul sebagai juara pada edisi kali ini,” ujar pemain pertahanan Belanda, John Heitinga.

“Kami wajib memenangi perlawanan ini dan kami memang tiada pilihan lain kecuali meraih kemenangan. “Kami juga harus berwaspada dengan ancaman Jerman.

“Apa yang kami mahu ialah tiga mata dan ia menjadi keutamaan kami ketika menentang Jerman.”

Pada aksi menentang Denmark Ahad lalu, van Marwijk telah merehatkan penyerang Schalke 04, Klaas-Jan Huntelaar yang menjaringkan 12 gol sepanjang lapan perlawanan pada sesi kelayakan Euro 2012.

Kini, van Marwijk yang terdesak untuk mencari kemenangan bakal menyenaraikan Hunterlaar dalam kesebelasan skuad utama Belanda. Beliau dijangka menggugurkan Ibrahim Afellay yang tidak begitu memberangsangkan pada aksi menentang Denmark.

Sementara itu, penyerang sensasi Arsenal, Robin van Persie bakal diletakkan pada posisi sayap kiri manakala pertahanan utama Belanda, Joris Mathijsen dijangka membarisi skuad utama.

Sekiranya, Mathijsen tidak menghadapi masalah kecergasan, Ron Vlaar bakal menjadi pemain kedua yang digugurkan daripada skuad utama Belanda. – Reuters

–Jangan lupa menyaksikan siaran langsung Netherlands vs Germany 14 Jun 2012 live di Astro 825 dan TV3 jam 2.45 AM.

–Link live streaming Netherlands vs Germany 14 June 2012 -Euro 2012

#LINK1<<—

#LINK2<<—

BARISAN KEMUNGKINAN NETHERLANDS VS GERMANY 14 JUNE 2012

Netherlands Lineup (4-2-3-1): Maarten Stekelenberg; Jethro Willems, Ron Vlaar, John Heitinga, Gregory Van Der Wiel; Mark van Bommel, Nigel De Jong; Ibrahim Afellay, Wesley Sneijder, Arjen Robben; Robin van Persie

Germany Lineup (4-2-3-1): Manuel Neuer; Philipp Lahm, Holger Badstuber, Mats Hummels, Jerome Boateng; Sami Khedira, Bastian Schweinsteiger; Lukas Podolski, Mesut Özil, Thomas Müller; Mario Gomez