LIVE STREAMING ENGLAND VS FRANCE 12 JUN 2012 – EURO 2012 GROUP D -RESULT/KEPUTUSAN PENUH

francevsenglandeuro2 451017 EURO 2012   MENJELANG PERLAWANAN ENGLAND VS PERANCIS   SIAPA KEMUDI JENTERA SERANGAN ENGLAND ?   LIVE STREAMING

Keputusan Semasa

England vs France

1 : 1

lesscot – s.nasri

Menjelang perlawanan Euro 2012 awal pagi esok diantara England vs France, jurulatih England, Roy Hodgson secara terbuka mengakui berada dalam dilema ketika ini.

Semuanya gara-gara beliau masih belum dapat membuat keputusan mengenai siapa yang bakal mengemudi jentera serangan The Three Lions ketika menentang Perancis dalam aksi pembuka tirai Kumpulan D Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012 di Donbass Arena, Donetsk, Ukraine tengah malam ini.

Ketika ini, penyerang Manchester United, Danny Welbeck dan peledak berbisa Liverpool, Andy Carroll dilihat bakal digandingkan dengan Ashley Young gara-gara ketiadaan Wayne Rooney yang menjalani penggantungan dua perlawanan.

“Sejujurnya, saya masih belum buat keputusan. “Posisi lain tiada masalah. Cuma, saya masih belum membuat pilihan sama ada bakal menurunkan Welbeck ataupun Carroll,” kata Hodgson.

Ketika ini, Welbeck dilihat memiliki kelebihan berbanding Carroll terutamanya ketika meledak gol tunggal semasa aksi pemanas badan menentang Belgium awal bulan lalu.

Namun, kredibiliti Carroll juga tidak kurang hebat terutamanya dengan kemampuan melakukan hantaran menarik yang berjaya disempurnakan Young semasa menewaskan Norway 1-0 baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai peluang Welbeck yang dilihat lebih sesuai dengan corak permainan pantas England, Hodgson menjelaskan:

“Terpulang bagaimana cara permainan kami nanti.

“Kamu tidak boleh membandingkan kedua-dua pemain tersebut kerana Welbeck dan Carroll ialah dua pemain yang berbeza. “Kedua-duanya memiliki kualiti tersendiri dan saya menyukai mereka berdua. “Jadi kita tunggu dan lihat siapa yang bakal diturunkan,” katanya.

-AFP

Jangan lupa menyaksikan siaran langsung Euro 2012 perlawanan England vs France live di Astro 825 jam 11.55PM

-Live Streaming England vs France – 11 Jun 2012<<–

-Live streaming England vs France 11 Jun 2012 <<–

Untuk info mengenai jadual perlawanan, keputusan penuh dan kedudukan pasukan dalam kumpulan sila lihat DISINI<<–