piala FA Malaysia KEPUTUSAN UNDIAN DAN JADUAL PERLAWANAN PIALA FA 2012

Undian bagi Liga Malaysia musim 2012 telah pun berlangsung hari ini di wisma FAM. Undian adalah melibatkan saingan Liga Super, Liga Perdana dan Piala FA. Sepak mula Liga Super akan bermula pada 10 Januari 2012.

Piala Sumbangsih akan dilangsungkan pada 7 Januari 2012 melibatkan pertemuan Juara Liga Super Kelantan vs Negeri Sembilan yang merupakan Juara Piala Malaysia 2011. FAM hari ini telah bersetuju bahawa tiada mata untuk liga bagi perlawanan sumbangsih kali ini. Perlawanan ini akan dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammad ke IV Kota Bahru.

Bagi saingan Piala FA 2012, Juara Bertahan Terengganu dilihat meniti laluan yang sedikit sukar untuk sekali lagi melangkah ke perlawanan akhir apabila berkemungkinan akan berdepan Perak atau UiTM di pusingan kedua dan besar kemungkinan Lions XII di suku akhir dan Selangor di separuh akhir. Namun segalanya bergantung kepada prestasi semasa pemain.

Pusingan pertama akan berlangsung pada 18 Februari 2012. Sila rujuk tarikh perlawanan seperti dibawah.

Berikut adalah Keputusan Undian Piala FA 2012

Pusingan pertama

Perak vs ATM

Terengganu vs PDRM

UiTM vs Lions XII

Betaria FC vs Melaka

Pos Msia vs USM

Sime Darby vs Sabah

NS vs Johor FC

Shahzan Muda vs Selangor

Kelantan vs Sarawak

KL vs MP Muar

Harimau Muda B vs P.Pinang

SPA vs MBJB

Kedah vs PKNS

Perlis vs PPSD

Johor vs T-Team

Felda United vs Pahang

Jadual Piala FA 2012 – Road To The Final

JADUAL PIALA FA 2012 KEPUTUSAN UNDIAN DAN JADUAL PERLAWANAN PIALA FA 2012

Tarikh perlawanan Piala FA 2012 ;

PUSINGAN 1
18 FEB 2012

PUSINGAN 2
10 MAC 2012

SUKU AKHIR
24 MAC 2012 -suku akhir pertama Piala FA 2012
27 MAC 2012 – suku akhir kedua Piala FA 2012

SEPARUH AKHIR
21 APRIL 2012 – separuh akhir pertama Piala FA 2012
1 MEI 2012 – separuh akhir kedua Piala FA 2012

FINAL – perlawanan akhir Piala FA 2012
19 MEI 2012