KEPUTUSAN TERKINI BADMINTON ALL ENGLAND 2012| PUSINGAN PERTAMA 7 MAC

all england 2012 KEPUTUSAN PUSINGAN PERTAMA BADMINTON ALL ENGLAND 7 MAC 2012

Kejohanan Badminton All England 2012 yang bermula di pusingan kelayakan semalam menyaksikan beberapa wakil negara dalam kategori masing masing mara ke pusingan pertama.

Antara yang turut mengesahkan tempat untuk beraksi di kejohanan 5 bintang itu adalah Darren Liew yang menewaskan lawan daripada Taiwan, Hsuan Yi HSUEH di perlawanan kelayakan kedua.

Namun apa yang mengejutkan adalah tersingkirnya bekas juara All England, Muhammad Hafiz Hashim yang bermula cemerlang di perlawanan kelayakan pertama mengetepikan wakil Hong Kong Chan Yan Kit, namun tumbang kepada pemain Taiwan, Tien Chen CHOU dalam aksi 3 set di perlawanan kedua.

Hari ini, gelanggang bakal dibuka untuk pusingan pertama All England 2012. Datuk Lee Chong Wei vs Wang Zhengming dari China. Berikut adalah Keputusan Semasa Pusingan Pertama Badminton All England 7 Mac 2012 yang sedang berlangsung malam ini ;

BADMINTON England YONEX All England Open Badminton Championships 2012 Matches 2012 03 08 22 51 13 KEPUTUSAN PUSINGAN PERTAMA BADMINTON ALL ENGLAND 7 MAC 2012

Tiada live streaming bagi perlawanan ini. Live Visual Score All England 2012 boleh diikuti dengan klik link dibawah.

-LIVEVISUAL SCORE ALL ENGLAND 2012

**waktu Malaysia adalah 8 jam lebih awal dari waktu di Birmingham. Bersamaan 10 am di Birmingham =  6 pm di Malaysia.