KEPUTUSAN PENUH UNDIAN AKHIR EURO 2012| JERMAN,BELANDA DAN PORTUGAL DIUNDI DALAM SATU KUMPULAN

Undian Akhir EURO 2012 Poland-Ukraine telah pun selesai dan tamat sebentar tadi. Undian dijalankan di Kiev dan dihadiri oleh wakil-wakil dari negara yang bertanding dan pihak media.
Undian berlangsung selama satu jam disiarkan secara langsung di Astro. Undian dilakukan oleh 4 orang bekas lagenda bola sepak Eropah iaitu Zinadine Zidane, Marco Van-Basten, Peter schmeichel dan Horst Hrubesch.
Kejohanan Euro 2012 yang dianjurkan bersama oleh Poland dan Ukraine, akan dibuka pada 8 Jun 2012 di Warsaw, apabila Poland dijadualkan menentang bekas juara Euro 2004 iaitu Greece di perlawanan pembukaan. Rusia dan Republik Czech juga turut diundi dalam Kumpulan A
Kumpulan B, boleh dikatakan sebagai kumpulan maut dan yang paling menarik kerana mengandungi pasukan, Netherlands, bekas juara Euro Germany, Portugal dan juga satu lagi bekas juara Euro 1992 Denmark. Perlawanan dijangka menarik bagi kumpulan ini yang akan berlangsung di Kharkiv, Ukraine.
Juara bertahan Euro dan juara dunia Sepanyol diundi dalam kumpulan C, bersama bekas juara piala dunia 2006 Itali. Selain itu, kumpulan ini turut disertai Crotia dan pasukan yang layak melalui playoff iaitu Republik Ireland.
Tuan rumah bersama Ukraine pula, menghadapi sedikit saingan apabila diundi bersama England, Perancis dan Sweden di dalam kumpulan D.
Kejohanan yang bermula pada 8 jun 2012 ini akan berlangsung di dua buah negara iaitu tuan rumah bersama Poland-Ukraine. Ia akan dimainkan di empat stadium di Poland – Warsaw, Gdansk, Wroclaw dan Poznan, dan empat di Ukraine – Kiev, Donetsk, Kharkiv dan Lviv.
Euro 2012 merupakan temasya yang terakhir dimana 16 pasukan bermain di pusingan akhir kerana pada edisi seterusnya di Perancis, Euro 2016 akan menyaksikan 24 pasukan yang akan beraksi di pusingan akhir.
Keputusan Penuh Undian Akhir EURO 2012 ;
Kumpulan A
-
Poland -
Greece -
Russia -
Czech Republic
Kumpulan B
-
Netherlands -
Denmark -
Germany -
Portugal
Kumpulan C
-
Spain -
Italy -
Republic of Ireland -
Croatia
Kumpulan D
-
Ukraine -
Sweden -
France -
England
**segala informasi mengenai Kejohanan Euro 2012 yang akan bermula pada Jun 2012 akan dibawakan kepada anda…jadual perlawanan, kedudukan mata, ulasan perlawanan, siaran langsung dan live streaming Euro 2012 akan dikongsikan…