KEPUTUSAN TERKINI/SEMASA LIGA SUPER 11 FEBRUARI 2012

LIGA SUPER KELANTAN RAMPAS KEDUDUKAN PENDAHULU LIGA SUPER | KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 11 FEBRUARI 2012

Kelantan merampas kembali kedudukan teratas liga super apabila menewaskan musuh tradisi di pantai timur iaitu Terengganu 2-1 di Kota Bahru sebentar tadi.

Turun dengan kesebelasan terbaik, Kelantan melancarkan serangan awal ke kubu Terengganu namun kerap dipatahkan oleh pertahanan Skuad Penyu itu yang diketuai oleh Mazuki Yusuf.

Kelantan akhirnya memecahkan kebuntuan menerusi Norshahrul Idlan Talaha sebelum Badri Radzi menggandakan jaringan 2-0. Terengganu yang ketinggalan lantas mengatur gerakan dan mendapat gol pertama pada minit ke 90 menerusi Manaf Mamat yang menanduk masuk bola muntah sepakan Ashaari Shamsudin yang melantun keluar biarpun sebenarnya sudah melepasi garisan gol. Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat permainan.

Kemenangan Kelantan untuk merebut takhta liga dibantu oleh kemenangan satu lagi pasukan kelab dari Terengganu iaitu T-Team yang menewaskan Perak 2-0 di Kuala Terengganu.

Perak turun dengan misi mengekalkan kedudukan pendahulu liga sebelum perlawanan bermula. Namun barisan anak buah Cikgu Jan gagal menyudahkan peluang terhidang sebaliknya T-Team yang menjaringkan 2 gol menerusi Bojan dan Zairo Anuar Zailani.

Sementara itu, PKNS memperolehi kemenangan pertama mereka musim ini apabila menjadikan Selangor sebagai mangsa kebangkitan mereka selepas menang 2-0 sebentar tadi.

Manakala Kedah gagal menggunakan kesempatan selepas Sabah beraksi 10 orang setelah Brendan Gan dibuang padang apabila cuma mencatat keputusan seri 2-2.

Juara Piala Malaysia musim lalu, Negeri Sembilan tewas 1-3 kepada pasukan dari Singapura iaitu Lion XII di Stadium Jalan Besar. Lain lain keputusan adalah seperti dibawah :

Keputusan Penuh Liga Super 11 Februari 2012

LIONS XII 3 vs 1 NEGERI SEMBILAN

T TEAM 2 vs 0 PERAK

KELANTAN 2 vs 1 TERENGGANU

KEDAH 2 vs 2 SABAH

KUALA LUMPUR 0 vs 2 JOHOR FC

SARAWAK 2 vs 1 FELDA UTD


–>>KEDUDUKAN CARTA TERKINI LIGA SUPER 2012<<–