KEJOHANAN BADMINTON ALL ENGLAND 6-11 MAC 2012 |LEE CHONG WEI BURU GELARAN HATRIK
BADMINTON ALL ENGLAND 2012 LEE CHONG WEI BURU GELARAN KETIGA BERTURU-TURUT
BADMINTON ALL ENGLAND 2012| Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei membara untuk merangkul gelaran hatrik namun tetap berwaspada dengan ancaman pemain lain pada kejohanan Badminton All-England Edisi ke-102 pada 6-11 Mac 2012 ini.
Lee Chong Wei merupakan juara bertahan kejohanan sejak 2010 berdepan laluan selesa untuk mempertahankan kejuaraan berdasarkan undian pada 21 Feb lepas yang menyaksikan beliau bertemu dengan pemain muda China Wang Zhengming di pusingan pertama All England 2012. Dan dijangka akan bertemu Simon Santoso dari Indonesia di pusingan kedua.
“Bagi saya ialah kebangkitan pemain junior seperti Wang Zhengming dari China yang mungkin boleh memberi ancaman kepada saya nanti,”
Sementara itu, ketua jurulatih perseorangan negara Rashid Sidek mengingatkan Chong Wei untuk tidak mengambil mudah lawan yang bakal ditemui beliau pada kejohanan tahunan Seluruh England tersebut.
Skuad negara dijangka berlepas ke England pada 3 Mac ini bagi menghadapi kejohanan itu di National Indoor Arena, Birmingham dari 6-11 Mac 2012.
Cuma Lee Chong Wei yang layak secara automatik menerusi ranking top seeded, manakala 3 orang lagi pemain negara iaitu Hafiz Hashim, Ariff Latif dan Liew Darren akan beraksi di pusingan kelayakan All England pada 6 Mac 2012 sebelum layak ke Kejohanan sebenar.
Jadual Penuh Perseorangan Lelaki/Laluan ke Final Kejohanan Badminton All England 2012 – 6-11 Mac
-info keputusan terkini/semasa, jadual penuh perlawanan, siaran langsung rtm/astro arena dan live streaming/visual livescore akan dikemaskini nanti.

