siaran langsung  JADUAL & SIARAN LANGUNG PIALA MALAYSIA 24 SEPTEMBER 2011

Piala Malaysia 24 September 2011 malam ini menyaksikan 8 perlawanan berlangsung. Perlawanan ke 5 bagi saingan kumpulan malam ini dilihat hidup mati bagi beberapa pasukan bagi menentukan samada perjuangan mereka akan diteruskan ke saingan suku akhir Piala Malaysia 2011 atau berakhir malam ini.

Selangor dan Kedah yang dilabel sebagai pasukan pilihan di awal saingan Piala Malaysia 2011 ini, perlu mencapai kemenangan malam ini, dan baki perlawanan terakhir. Perlawanan malam ini juga bakal menyaksikan ada pasukan yang akan layak awal ke suku akhir Piala Malaysia 2011.

Jangan lupa menyaksikan siaran langsung Johor FC vs Kelantan live di Astro Arena bermula jam 8.00 malam. Manakala Siaran Langsung Terengganu T-Team vs Kuala Lumpur di RTM TV1 jam 8.45 malam ini. Perlawanan PDRM vs Selangor pula akan disiarkan siaran tertunda selepas tamat perlawanan Johor FC vs Kelantan.

Berikut adalah jadual perlawanan malam ini…

PIALA MALAYSIA 2011 – 24 SEPTEMBER 2011 – 8.45 MLM

KUMP A
KEDAH vs SABAH – Stadium Darul Aman
JOHOR vs PERAK – Stadium Larkin

KUMP B
PKNS FC vs TERENGGANU – Stadium MBPJ Kelana Jaya
SIME DARBY vs NEGERI SEMBILAN – Stadium Majlis Perbandaran Selayang

KUMP C
SARAWAK vs FELDA UNITED – Stadium Kuching – (8.15 mlm)
JOHOR FC vs KELANTAN – Stadium JCorp – Live di Astro Arena

KUMP D
PDRM vs SELANGOR – Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi
T-TEAM vs KUALA LUMPUR – Stadium Sultan Ismail Nasiruddin – Live di RTM1