LEE CHONG WEI DAN BEREGU KOO KIET-BOON HEONG KE SEPARUH AKHIR BADMINTON TERBUKA JEPUN
Jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei berada dalam laluan untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Jepun selepas melangkah ke separuh akhir kejohanan yang menawarkan USD 200,000 itu. Chong Wei yang turun selaku juara bertahan, diberi tentangan sengit jaguh tuan rumah Keneichi Tago dalam 3 set sebelum menang dalam masa 56 minit. Menanti Lee Chong Wei di Separuh akhir adalah jaguh veteran Denmark Peter Hoeg Gade.
Sementara dalam satu lagi separuh akhir, jaguh China Lin Dan mengenepikan rakan senegara Chen Jin yang menewaskan beliau pada separuh akhir China Masters baru-baru ini. Lin Dan akan bertemu seorang lagi pemain China, yang baru menjuarai China Masters, pemain muda yang sedang meningkat naik iaitu Chen Long.
Beregu utama negara, Kien Kiat-Boon Heong mara ke separuh akhir mengenepikan pasangan muda negara yang mencipta kejutan di Terbuka Jepun selepas mengalahkan pasangan China Chai Biao dan Gu Zhendong di pusingan ketiga iaitu Goh Wei Shem-Lim Khim Wah. Mereka akan bertemu pilihan N0 1 dari China Cai Yun-Fu Haifeng hari ini.
Berikut adalah jadual separuh akhir Badminton Terbuka Jepun 2011 ;
KEPUTUSAN TERKINI SEPARUH AKHIR BADMINTON TERBUKA JEPUN 2011