KEPUTUSAN PENUH HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH  2012 – MALAYSIA VS INDIA

hoki1 HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2012   MALAYSIA TEWAS TIPIS 2 3 KEPADA INDIA

Skuad Hoki negara mengalami kekalahan pertama dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 apabila tewas 2-3 kepada India semalam.

Malaysia bermula baik dengan mengasak kubu India sebaik wisel dibunyikan. Namun pemain barisan hadapan gagal menyempurnakan deretan peluang yang dimiliki.

India yang mendapat peluang melalui satu serangan balas, bangkit mengasak kubu Malaysia dan berjaya mendapat gol pertama melalui pukulan kencang Danish Mujtaba pada minit ke-10.

India yang sudah menempah tiket ke Sukan Olimpik London terus bertindak garang dan mereka sekali lagi membolosi pintu gol Malaysia hasil pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Shivendra Singh pada minit ke-13.

Malaysia bangkit pada awal separuh masa kedua dengan mengasak kubu India bagi merapatkan jurang gol. Anak-anak buah Beng Hai berjaya merapatkan jurang perbezaan hasil pukulan sudut penalti oleh Muhammad Amin Rahim pada minit ke-40.

Selepas itu, India kembali menjarakkan diri daripada Malaysia apabila Tushar Khandker menyumbat gol ketiga pasukannya pada minit ke-44. Muhd. Fitri Saari berjaya merapatkan jurang jaringan melalui pukulan kencangnya pada minit ke-59.

Walaupun Malaysia mendapat sokongan padu daripada hampir 10,000 penonton tempatan tetapi gagal untuk mengatasi kehebatan India. Permainan berkesudahan dengan India 3 – 2 Malaysia.

Skuad negara akan menentang satu lagi pasukan handalan dunia iaitu Pakistan esok (30 Mei) jam 8.00 malam. Jangan lupa saksikan siaran langsung Malaysia vs Pakistan 30 Mei 2012 live di Astro Arena 801.