KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA VS NEW ZEALAND HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2012

Sultan Azlan Shah Hockey Cup 2012 HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2012   MALAYSIA TEWAS KEPADA NEW ZEALAND

Skuad Hoki negara yang mempamerkan aksi cemerlang menewaskan Pakistan semalam, gagal meneruskan aksi yang sama apabila tewas 1-4 kepada pasukan ranking ke 7 dunia New Zealand dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh sebentar tadi.

New Zealand yang rata-rata dibarisi pemain berpengalaman mereka jelas menguasai perlawanan, dengan sekembalinya pemain tengah dan perancang mereka yang tidak bermain ketika mereka tewas kepada Great Britain semalam.

New Zealand bermula garang pada babak pertama apabila membuka jaringan menerusi Ryan Archibald pada minit ke 5. Malaysia yang pada kebiasaanya bermula agak perlahan, gagal mengimbangi permainan.

Dan New Zealand menggandakan jaringan pada minit ke 11 perlawanan berlangsung menerusi Shea Mcaleese. Tekanan terus memuncak apabila Nick Wilson menambah derita tuan rumah pada minit ke 34 selepas menolak masuk hantaran silang, Ben Coller.

Malaysia menggandakan usaha dalam usaha mencari gol dan berjaya merapatkan jurang apabila Hafifi Hafiz Hanafi menggegar gawang lawan dengan rembatan kencang selepas meloloskan diri daripada hadangan pemain lawan pada m-45.

Bagaimanapun peluang Malaysia lenyap apabila Shay Neal menyudahkan gerakan Hugo Inglis untuk melengkapkan kemenangan mutlak bagi mengekalkan kedudukan teratas carta untuk layak ke final, Ahad ini.

Sementara itu, juara lima kali, India melengkapkan jadual perlawanan dengan kemenangan 2-1 ke atas musuh tradisi, Pakistan. Sandeep Singh dan Sowmarpet Sunil menjaringkan gol India manakala Sohail Abbas membalas untuk Pakistan (60). Terdahulu, Britain dan Korea berkongsi mata selepas seri 1-1.

Malaysia akan menentang Argentina pada perlawanan terakhir pada 2 jun 2012 jam 8.00 malam di Ipoh. Jangan lupa menyaksikan siaran langsung Hoki Piala Sultan Azlan Shah Malaysia vs Argentina 2 Jun 2012 live Astro Arena 801.

Kedudukan Terkini Pasukan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012

malaysia hoki HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2012   MALAYSIA TEWAS KEPADA NEW ZEALAND