GAMBARAN REKA BENTUK STADIUM RED WARRIORS SKUAD KELANTAN | SUMBER TSAM

Kelantan FA melalui presidennya Tan Sri Annuar Musa sebelum ini, dalam rangka kerja mendapatkan kelulusan dan peruntukan membina sebuah stadium baru untuk pasukan Kelantan.

Stadium yang dikhaskan untuk sukan bola sepak itu sebelum ini dkhabarkan mungkin menyerupai stadium milik Cardiff City. Banyak ura-ura dan perkongsian yang diterima dari penyokong pasukan Kelantan mengenai stadium baru The Red Warriors ini.

Terbaru, melalui sumber facebook Tan Sri Annuar Musa, kami kongsikan rekabentuk dan gambaran awal yang dikongsikan oleh facebook Tan Sri sendiri mengenai stadium baru Kelantan yang dikhabarkan bakal dinamakan sebagai Stadium Sultan Muhammad V.

Stadium ini dijangka mampu memuatkan 40,000 kapasiti penyokong dikhabarkan lokasinya adalah di Tunjung, Kota Bahru. Bercirikan standard stadium bola sepak seperti diluar negara, jarak diantara penonton dengan padang adalah lebih dekat seperti yang boleh kita lihat di Stadium-stadium Liga Perdana Inggeris.

Selain itu, tiada trek larian, lompat jauh dan sebagainya, kerana stadium ini adakah dikhaskan untuk bola sepak Kelantan.

Jolokan bagi stadium ini adalah The Fortress – Home Of The Red Warriors.

stadium sultan muhamad v GAMBARAN REKABENTUK STADIUM BARU KELANTAN | STADIUM SULTAN MUHAMMAD V

Gambaran dari atas

407586 285151351546604 133347436726997 778990 27908890 n GAMBARAN REKABENTUK STADIUM BARU KELANTAN | STADIUM SULTAN MUHAMMAD V

Gambaran dari dalam

409346 285151011546638 133347436726997 778989 1718078974 n GAMBARAN REKABENTUK STADIUM BARU KELANTAN | STADIUM SULTAN MUHAMMAD V

Dengan terbinanya Stadium baru Kelantan FA ini, diharap selepas itu akan ada lagi pasukan yang mengambil inisiatif untuk melakukan perkara yang sama. Seiring dengan kemajuan bola sepak negara ketika ini yang semakin mendapat perhatian luar.

Memang tidak dinafikan Kelantan adalah antara pasukan yang proaktif dalam meningkatkan mutu sukan bola sepak mereka. Dari segi pembangunan akademi remaja sehingga ke stadium, diambil kira. Syabas..

**pasukan lain bila lagi ???….

Sumber gambar – facebook Tan Sri Annuar Musa

INI ADALAH GAMBARAN AWAL YANG DIKONGSI DARI SUMBER DIATAS….