BANTAHAN EURO 2012 MELIBATKAN WANITA SEPARUH BOGEL

euro 2012 femen EURO 2012   RASISME DAN BANTAHAN SEMAKIN MENJADI JADI MELIBATKAN WANITA SEPARUH BOGEL

Bantahan penganjuran Euro 2012 di Ukraine yang diketuai anggota kumpulan Femen semakin tidak terkawal. Beberapa siri bantahan melibatkan wanita separuh bogel tertumpu di beberapa bandar utama, terutamanya Kiev yang menjadi salah sebuah venue perlawanan Euro.

Pihak berkuasa negara itu kini bekerja hampir 24 jam bagi menangani protes dilakukan kumpulan tersebut. Femen membantah penganjuran Euro di Ukraine kerana percaya ia mampu melonjakkan aktiviti pelacuran berikutan kemasukan ramai peminat bola sepak daripada beberapa pasukan bertanding ke negara itu.

Ia sekali gus mengukuhkan lagi gelaran negara tersebut sebagai destinasi pelancongan seks di Eropah. Sebelum ini, beberapa isu rasisme Euro 2012 timbul mengenai penganjuran Euro 2012 di Poland-Ukraine dimana sentimen perkauman melibatkan penduduk berkulit hitam begitu tinggi di sana.

Sehinggakan bekas pemain England, Sol Campbell berpesan kepada penyokong berkulit hitam supaya tidak ke Poland-Ukraine jika isu perkauman dan sensitiviti kaum kulit hitam tidak diselesaikan disana. Dan mengesyorkan menonton di televisyen sahaja.