Video Highlights

you-tube-football

VIDEO GOL KELANTAN 6 VS 0 PERAK LIGA SUPER 7 JULAI 2012 | KELANTAN JUARA LIGA SUPER 2012

0

VIDEO GOL HIGHLIGHTS KELANTAN VS PERAK 6 : 0 LIGA SUPER 7 JULAI 2012 | KELANTAN JUARA LIGA SUPER 2012

you tube football VIDEO GOL KELANTAN 6 VS 0 PERAK LIGA SUPER 7 JULAI 2012 | KELANTAN JUARA LIGA SUPER 2012

Kelantan akhirnya ditabalkan sebagi juara liga super 2012 selepas membenam perak 6-0 digelanggang sendiri sebentar tadi.  Berikut merupakan gol-gol jaringan pemain Kelantan menentang Perak pada 7 julai 2012.

-credit to astroarena

 

bayern

INTER MILAN TERSINGKIR, BAYERN MARA PENUH BERGAYA KE SUKU AKHIR – LIGA JUARA JUARA EROPAH

0

KEPUTUSAN PENUH LIGA JUARA JUARA EROPAH 13 MAC 2012

bayern INTER MILAN TERSINGKIR, BAYERN MARA PENUH BERGAYA KE SUKU AKHIR   LIGA JUARA JUARA EROPAHl

Marseille melakukan kejutan saat akhir apabila mara ke suku akhir Liga Juara Juara Eropah 2012 dalam perlawanan menentang Inter Milan. Walaupun tewas dalam pertemuan penuh dramatik dengan Inter Milan pada pusingan kedua 16 pasukan terakhir, awal pagi tadi, gol minit terakhir pemain simpanan, Brandao sudah cukup membuatkan Inter menggigit jari.

Marseille mara ke suku akhir Liga Juara Juara Eropah dengan kelebihan gol tempat sendiri, Marseille menamatkan perlawanan dengan agregat 2-2, di San Siro. Marseille menang pusingan pertama 1-0.

Inter Milan bagaimanapun bermula dengan baik apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke 75 menerusi Diego Milito, dan disusuli dengan jaringan Giampaolo Pazzini pada minit ke-90, Ketika itu, Inter Milan dilihat mempunyai peluang untuk terus mara.

Bagaimanapun Brandao yang masuk lewat babak akhir menjaringkan gol pada waktu kecederaan untuk membawa Marseille ke peringkat suku akhir. Ia adalah kejayaan pertama bagi kelab itu sejak memenangi kejohanan Liga Juara-juara pada 1993 dengan mengetepikan Inter Milan.

Manakala dalam satu lagi perlawanan, Bayern Munich berpesta gol mengatasi FC Basel 7-0 untuk kemenangan pada agregat 7-1. Mario Gomez menjadi wira Bayern apabila meledak empat gol dalam perlawanan tersebut.

Sebelum ini, FC Basel telah pun menyingkirkan finalis tahun lalu iaitu Manchester United. Namun, awal pagi tadi segalanya seperti tidak menjadi buat juara liga Switzerland itu.

Bayern Munich yang ketinggalan 0-1 selepas pusingan pertama, mula merobek gawang Basel melalui gol jaringan Arjen Robben sebelum Thomas Mueller melakukan volley cantik menjarakkan kedudukan 2-0.

Mario Gomez meledak gol ketiga Bayern, dan volley di gol keempat dan gol kelima hasil tandukan buat Bayern sekaligus melakukan hatrik dalam perlawanan itu. Tidak dengan itu sahaja, Gomez turut meledak gol keempat untuk dirinya dan keenam buat Bayern sebelum Arjen Robben menutup perlawanan dengan jaringan ketujuh menjadikan agregat 7-1 kekal sehingga wisel dibunyikan.

Video Highlights Bayern Munich vs FC Basel 7-0

Video Highlights Inter Milan vs Marseille – 2-1

Go to Top