Liga Super

FAKRI

FAKRI SAARANI BERANGKAT KE PORTUGAL HARI INI UNTUK SERTAI ATLETICO SPORT CLUBE

0

FAKRI SAARANI SERTAI KELAB DEVISYEN TIGA PORTUGAL -ATLETICO SPORT CLUBE

FAKRI FAKRI SAARANI BERANGKAT KE PORTUGAL HARI INI UNTUK SERTAI ATLETICO SPORT CLUBE

Fakri Saarani akan berangkat ke Portugal hari ini dan bakal mengikat kontrak selama enam bulan dengan Divisyen Tiga, Atletico Sport Clube Reguengos (Atletico S.C) . Fakri dijangka akan mula beraksi pada 6 Januari ini jika tiada sebarang masalah pada kontraknya.

“Dia akan berangkat dari tanah air esok (hari ini) dan singgah ke England sebelum terbang ke Portugal beberapa hari kemudian. “Berdasarkan maklumat yang saya terima, Atletico S.C mempunyai perlawanan pada 6 Januari, aksi pertama pada bulan Januari dan Fakri berpeluang cerah untuk diturunkan sekiranya ITC dapat diperolehi dengan segera, ” kata pengurus Fakri, Faisal Zakariah.

Fakri akan menyertai kelab itu selama enam bulan dan mungkin akan dilanjutkan kontrak jika berjaya menarik minat pengurusan dan jurulatih untuk kekal lebih lama bersama kelab devisyen tiga Portugal itu.

Ini merupakan perintis kepada laluan pemain-pemain dari Malaysia untuk mendapat perhatian dari kelab-kelab di Eropah. Sebelum ini, Nazmi Faiz telah pun menyertai kelab devisyen 1 Liga Portugal iaitu SC Beira Mar dan kini masih beraksi bersama skuad remaja kelab itu sebelum diserapkan ke skuad utama.

KELANTAN 2013

SENARAI PENUH PEMAIN KELANTAN LIGA SUPER 2013

1

SENARAI PENUH PEMAIN KELANTAN FA LIGA SUPER 2013 / PIALA AFC 

KELANTAN 2013 SENARAI PENUH PEMAIN KELANTAN LIGA SUPER 2013

Kelantan FA semalam telah pun mengumumkan senarai pemain-pemain bagi menggalas cabaran mempertahankan kejuaraan treble yang dimenangi tahun ini.

Apa yang mengejutkan ialah nama Norshahrul Idlan Talaha wira final Piala Malaysia 2012 bagi Kelantan tiada dalam senarai yang dikeluarkan. Ini mungkin disebabkan isu mengenai perpindahan Mat Yo ke Johor masih belum selesai lagi diantara beliau, KAFA dan PBNJ.

Kelantan meyenaraikan ramai pemain dan pemain import bagi mengharungi cabaran Liga Malaysia 2013 dan Kejohanan Piala AFC 2013 nanti. Penyerang import sensasi Kelantan Mohamad Ghaddar juga dikhabarkan tidak menyambung kontrak.

Biarpun begitu, kuota pemain Kelantan masih mempunyai kekosongan dan dijangka akan diisi tidak lama lagi terutama pemain import.

Berikut merupakan senarai pemain-pemain Kelantan bagi musim 2013 (mengikut nombor jersi)

1) Shahrizan Ismail
2) Azizi Matt Rose
3) K.Nanthakumar (BARU)
4) Obinna Nwaneri
5) Nik Shahrul Azim
6) Farisham Ismail
7) Zairo Anuar Zailani
8.) Shakir Shaari

9.) KIV **Tiga Hari Lagi
10) Norfarhan Muhammad
12) Izuan Salahudin (BARU)
13) Faiz Subri (BARU)
14) Zamri Ramli
15) Daudsu Jamaludin
16) Badhri Radzi (Ketua Pasukan)
17) Rizal Fahmi
18) Khairul Izuan Rosli
19) Khairul Fahmi Che Mat
20) Keita Mandjou (BARU)
21) Norhadi Ubaidillah (BARU)
22) Tuan Faim
23) Indra Putra Mahayuddin (Pen.Ketua Pasukan)
24) Zairul Fitree
25) Aris Zaidi
26) *KIV* IMPORT yg bermain dengan negara ranking 100 kebawah.
27) Mijo Dadic (import)
29) Okine (import)
30) Antwi (import)
**Masih ada dua nama yang belum diumumkan
-sumber : KAFA

 

Go to Top