Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia Ke-7 2012
KEPUTUSAN TERKINI FINAL HOKI PIALA REMAJA ASIA MALAYSIA VS PAKISTAN 13 MEI 2012
11KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS PAKISTAN FINAL HOKI PIALA REMAJA ASIA KE-7 13 MEI 2012
Keputusan Semasa Final Hoki Remaja Asia 2012
FULL TIME
Malaysia vs Pakistan
2 : 1
faizal shaari -pen corner, syamim
-MALAYSIA JUARA HOKI REMAJA ASIA KE-7 2012-
Malam ini mungkin sejarah sukan hoki akan tercipta jika barisan muda bimbingan Dharmaraj berjaya menundukkan pasukan bertaraf dunia dalam sukan Hoki iaitu Pakistan di aksi Final Hoki Piala Remaja Asia ke-7 2012 di Bukit Serindit.
Selepas cemerlang menewaskan Korea Selatan yang merupakan finalis tahun lalu, skuad Hoki Remaja Negara cemerlang diseparuh akhir mengenepikan India 2-0.
Skuad Malaysia telah pun layak secara automatik ke Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2013 nanti. Namun, mereka dalam laluan mencipta satu lagi sejarah baru dalam sukan Hoki negara untuk bergelar Juara Hoki Remaja Asia buat kali pertama.
Jangan lupa saksikan siaran langsung Final Hoki Piala Remaja Asia Malaysia vs Pakistan 13 Mei 2012 malam ini live di Astro Arena 801 jam 8.00 malam.
Keputusan Terkini dan semasa Hoki Malaysia vs Pakistan akan diupdated dari masa ke semasa. Link live streaming hanya akan dikongsikan jika ada sahaja.
Video Highlights – credit to SpeedGoal-MY FB – SILA LIKE<<—
Video Highlights Gol Pakistan
HOKI REMAJA ASIA KE-7 – MALAYSIA BENAM KOREA SELATAN 6-3
0KPENUH KEJOHANAN HOKI PIALA REMAJA ASIA KE-7 2012 – MALAYSIA VS KOREA SELATAN
pic sumber : utusan
Malaysia menewaskan Korea Selatan 6-3 pada perlawanan kedua Kumpulan A Kejohanan Hoki Remaja Asia Ke-7 di Stadium Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Ini membawa Malaysia hampir menempah tempat ke separuh akhir dan seterusnya layak ke Piala Remaja Dunia 2013 pada November tahun depan di New Delhi, India.
Faisal Saari berjaya membuka jaringan pendahuluan menewaskan penjaga gol Korea Selatan, Lee Seyong pada minit keenam menerusi pukulan sudut penalti sebelum Mohammad Syammim Mohd Yusof menambah jaringan pada minit ke-13.
Pada minit ke-21, pasukan Korea yang mula bertindak agresif berjaya merapatkan jurang dengan Yang Jihun menyempurnakan pukulan sudut penalti.
Korea Selatan kemudian dihadiahkan pukulan sudut penalti oleh pengadil perlawanan, Fernando Gomez pada minit ke-36 namun gagal memanfaatkan peluang itu.
Benteng Korea Selatan terus goyah apabila sekali lagi diasak oleh pasukan negara yang berjaya menghasilkan gol pada minit ke-40 menerusi jaringan Amir Farid Ahmad Fuzi dan Korea terus tertekan apabila pukulan deras Faisal Saari menerjah gawang gol pada minit ke-45 untuk membolehkan Malaysia mendahului 4-1.
Korea Selatan yang cuba bangkit berjaya memperoleh gol pada minit ke-48 melalui Jeong Youngseok dan sekali lagi menambah jaringan pada minit ke-61 melalui ketua pasukan, Yang Jihun.
Faisal Saari kemudian menjaringkan gol ketiganya pada minit ke-57 sebelum Muhammad Noor Faeez menyumbat satu lagi jaringan pada minit ke-68 membolehkan Malaysia menang bergaya 6-3.
Dalam satu lagi perlawanan kumpulan A, Jepun menewaskan Iran 3-1.
sumber : stadiumastro
