Queen Park Rangers

YUN SOUK YUNG

HARRY REDKNAPP SERIUS MAHU QPR KELUAR DARI ZON RELEGASI

0

PERPINDAHAN PEMAIN EPL -QPR MAHU KELUAR DARI ZON RELEGASI

YUN SOUK YUNG HARRY REDKNAPP SERIUS MAHU QPR KELUAR DARI ZON RELEGASI

QPR antara pasukan Liga Perdana Inggeris yang melakukan rombakan kembali ke atas skuad utama mereka selepas menyaksikan mereka bergelut di zon penyingkiran selepas tamat pusingan pertama Liga Perdana Inggeris 2013.

Ketika jendela perpindahan Januari dibuka, pemilik QPR Tony Fernandes dalam akaun twitternya menyatakan beliau akan melepaskan kelab itu seandainya ia tersingkir dari Liga Perdana Inggeris musim depan.

Justeru untuk mengelakkan perkara seperti itu berlaku, QPR sekali lagi melakukan rombakan dengan membawa beberapa muka baru ke dalam skuad itu dan dikhabarkan akan berbelanja sebanyak £20m untuk tujuan itu.

Antara yang menjadi perhatian pengurus Harry Redknapp adalah pertahanan kelab Russia, Anzhi Makhachkala iaitu Chris Samba yang merupakan bekas pemain Blacburn Rovers. Perpindahan dikhabarkan bernilai £12.5m.

Harry sebelum ini berjaya mendapatkan pertahanan Chungnam Dragon dari Korea Selatan iaitu Yun Suk-Young sekaligus mengenepikan hasrat Liverpool dan Fulham.

Selain itu, Harry Redknapp turut mahu berkerjasama dengan beberapa pemain yang pernah bersamanya ketika di Totenham Hotspurs seperti Jermaine Jenas, David Bentley dan Andros Townsend.

Ketiga-tiga pemain ini cuma memanaskan bangku simpanan di Spurs pada ketika ini dengan Jenas dipinjamkan ke pasukan lain. Penyerang Stoke City, Peter Crouch turut berada dalam radar QPR namun perbincangan masih dijalankan selepas bidaan pertama mereka ditolak.

Harry Redknapp terpaksa berdepan desakan peminat yang mahu perubahan dalam skuad selepas sebelum ini dikatakan Mark Hughes gagal menggunakan bajet perbelanjaan pemain dan dikatakan gagal memilih pemain yang benar-benar berkualiti untuk menyarung jersi QPR.

Harry_Redknapp_Mark_Hughes-1200

QPR PECAT MARK HUGHES – HARRY REDKNAPP DISEBUT SEBAGAI PENGGANTI

0

QPR PECAT MARK HUGHES – BEKAS PENGURUS SPURS HARRY REDKNAPP DISEBUT SEBAGAI PENGGANTI

Harry Redknapp Mark Hughes 1200 QPR PECAT MARK HUGHES   HARRY REDKNAPP DISEBUT SEBAGAI PENGGANTI

Mark Hughes telah dipecat Queens Park Rangers (QPR) akibat gagal mendapatkan kemenangan dalam Liga Barclays musim ini. Hughes telah menerima kritikan setelah kekalahan 3-1 kepada Southampton dan ia merupakan perlawanan ke 12 yang mereka gagal menang.

Pengurus Wales itu dijangka akan terus mengurus pasukan setelah bertemu pengerusi Philip Beard awal minggu ini tetapi akhirnya dipecat juga selepas satu setengah tahun.

“Queens Park Rangers telah menamatkan kontrak pengurus Mark Hughes hari ini.” kata kelab itu di laman rasmi Twitter mereka. “Mark Bowen dan Eddir Niedzwieki akan mengambil alih pasukan dalam perlawanan dengan Manchester United pada hari Sabtu.

Bekas pengendali Totenham Hotspurs, Harry Redknapp disebut-sebut oleh peminat QPR sebagai pengganti Hughes.

Go to Top