Cardiff City
SAFIQ RAHIM BAKAL DISAINGI PEMAIN MUDA SLOVAKIA DI CARDIFF CITY
0
Kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim bakal bersaing dengan bintang muda Slovakia, Ivan Stulajter 18, yang beraksi bersama kelab SK Sigma Olomouc dan merupakan pemain skuad Bawah 18 tahun Slovakia, sepanjang sesi latihan selama tiga minggu bersama kelab Cardiff City.
Kedua-dua pemain yang beraksi di posisi tengah itu, telah mula menjalani latihan bersama kesemua barisan utama The Bluebirds di bawah kendalian jurulatih, Malky Mackay.
Selepas Safee Sali, Safiq Rahim merupakan pemain kedua Malaysia yang menjalani latihan dan ujian pemilihan bersama Cardiff City. Dan dikatakan besar kemungkinan, peluang Safiq menyarung jersi The Bluebirds dikhabarkan lebih cerah berbanding Safee, lantaran usianya yang masih muda.
Disebabkan itu, Safiq Rahim tidak berdepan kesukaran sekiranya terpaksa beraksi untuk sekurang-kurangnya selama setahun di kelab lain sebagai antara syarat mendapatkan permit kerja bagi beraksi di kelab England.
Di laman web Cardiff City Online, sebahagian besar peminat kelab itu ternanti-nantikan kehadiran Safiq Rahim terutama kehebatannya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika menentang Liverpool pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Julai lalu.
Antara komen peminat Cardiff City yang terdapat di dalam web tersebut adalah,
“Satu pelaburan yang berbaloi jika dia (Safiq) mampu menjaringkan gol menentang lawan yang hebat seperti Liverpool.”
Terdapat juga komen peminat yang mempersoalkan kewibawaan pemain ini,
“Satu sepakan percuma yang menarik, namun pada masa sama adakah dia (Safiq) sesuai beraksi bersama Cardiff kerana jurang tahap permainan bola sepak antara kedua-dua negara sememangnya cukup ketara.”
Dalam pada itu, pemilik Cardiff, Datuk Chan Tien Ghee dalam kenyataannya berkata, Safiq Rahim turut berpeluang berlatih bersama pasukan utama Cardiff sepanjang tiga minggu berada di sana.
**kebiasaanya masalah permit kerja yang menjadi isu untuk pemain untuk beraksi di England..
SAFIQ RAHIM BERLEPAS KE CARDIFF JALANI TRIAL SELAMA 3 MINGGU BERSAMA CARDIFF CITY
1credit facebook bolasepak malaysia
Ketua pasukan skuad kebangsaan dan juga pakar sepakan percuma skuad bola sepak negara, Safiq Rahim dilaporkan akan berlepas ke Cardiff City sebuah kelab di Wales yang dimiliki oleh seorang usahawan Malaysia hari ini. Safiq akan menjalani tempoh percubaan selama 3 minggu bersama Cardiff City seperti yang pernah dilalui oleh seorang lagi pemain negara Safee Sali.
Safiq (24) dilaporkan akan berlepas dari lapangan terbang malam ini, menjalani percubaan bersama Cardiff City selepas diberi peluang oleh pemilik Cardiff City, Dato Chan Tian Ghee.
“Saya amat gembira dan teruja,”. “Dengan hati yang terbuka saya akan menerima tawaran ini dan memberikan yang terbaik dan membuat Malaysia bangga dengannya. Dan peluang seperti ini, tidak datang selalu kepada anda terutama bagi pemain Malaysia.” memetik kata-kata beliau ketika mula ditawarkan tempoh percubaan ini.
Sebelum ini, Safee Sali diberitakan ditawarkan percubaan kedua untuk menjalani latihan bersama Cardiff City. Melalui jurulatih kelab liga kejuaraan itu, Malky Mackay yang mahu melihat Safee Sali menjalani latihan dan percubaan kedua. Namun sehingga kini, masih tiada perkembangan mengenainya.
Safee Sali telah kembali ke Pelita Jaya dan akan beraksi menentang Persipura Jayapura bagi Semi Final Piala Antara Pulau ISL. Pelita Jaya akan bertemu juara ISL2010/11 Persipura Jayapura pd 24 Nov. Final pula pada 27 November ini.
Semoga doa sekalian rakyat Malaysia dan peminat bola sepak tempatan mengiringi pemergian Safiq Rahim ke Cardiff City. Semoga Berjaya..Selamat Berusaha.

