Liga Perdana Inggeris
KEPUTUSAN LIGA PERDANA INGGERIS 19 MEI 2013 – GAMEWEEKS #38
0KEPUTUSAN PENUH EPL 19 MEI 2013
Perlawanan terakhir liga perdana inggeris (EPL) musim 2012/2013 berlangsung sebentar tadi dengan kesemua pasukan menamatkan baki perlawanan terakhir mereka hari ini.
Perlawanan tumpuan sudah pastinya perebutan slot ke liga juara juara eropah (UEFA Champions League) musim 2014. Antara pasukan yang berpeluang merebut slot itu adalah Arsenal dan Totenham Hotspurs.
Manchester United yang telah meraih gelaran juara liga turun menentang West Bromwich Albion di gelanggang lawan. United yang dibimbing Sir Alex Ferguson buat kali terakhir menurunkan beberapa pemain muda dan simpanan mendahului 3-0 seawal 10 minit pertama. Gol United dijaringkan Shinji Kagawa seawal minit kelima.
Gol sendiri pemain WBA, Jonas Ollson meletakkan United 2-0 dihadapan sebelum Alex Buttner seminit kemudian. WBA bangkit dengan menjaringkan gol pertama menerusi James Morisson minit ke 40.
Bersambung babak kedua, WBA terus merapatkan kedudukan menerusi gol Romelu Lukaku minit ke 50. Pun begitu, R.Van Persie menggandakan jaringan buat United 3 minit kemudian hasil hantaran A.Valencia. Dan X.Hernandes menjadikan kedudukan 5-2 pada minit ke 63.
Romelu Lukaku muncul wira WBA, apabila meledak hatrik untuk merapatkan kedudukan menerusi gol minit ke 81 dan 86. Satu lagi gol WBA, dijaringkan oleh Youssouf Moulumbu pada minit ke 83. Keputusan kekal seri 5-5, selepas tamat permainan.
Ini merupakan perlawanan terakhir United dibawah kendalian Alex Ferguson sebelum bersara. Ini juga merupakan perlawanan terakhir Paul Scholes bersama United sebelum bersara buat kedua kalinya.
Di St James Park, Arsenal perlu melakar kemenangan ke atas Newcastle United sambil mengharapkan Chelsea gagal mengutip mata untuk selesa ke saingan liga juara juara Eropah tanpa melalui perlawanan playoff. Arsenal menang tipis 1-0 ke atas Newcastle United dan menamatkan liga di tangga ke 4 dan perlu melalui playoff liga juara juara Eropah nanti.
Namun, di Stamford Bridge Chelsea menang 2-1 ke atas Everton untuk berada di kedudukan ketiga di belakang United dan Manchester City. Gol Chelsea dijaringkan oleh Juan Mata seawal minit ke 7 sebelum Everton menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke 14 menerusi S. Naismith. Fernando Torres muncul wira Chelsea meledak gol kemenangan pada minit ke 76.
image source :ap
Keputusan ini, mengecewakan Totenham Hotspurs yang berhempas pulas sehingga minit terakhir untuk menewaskan Sunderland 1-0 hasil jaringan lewat pemain sensasi Gareth Bale pada minit ke 90. Spurs menamatkan saingan liga di tangga ke 5 sekaligus hanya bakal beraksi dalam Liga Eropah (Europa League) musim hadapan.
Tiga pasukan yang akan tersingkir ke liga kejuaraan musim depan adalah QPR, Reading dan Wigan Atletic. Manakala pasukan baru yang akan beraksi ke liga perdana inggeris adalah Cardiff City (Juara), Hull City (Naib Juara). Manakala satu lagi pasukan akan ditentukan melalui perlawanan akhir playoff diantara Watford vs Crystal Palace pada 27 Mei ini.
Keputusan Penuh Liga Perdana Inggeris 19 Mei 2013
Manchester City 2 vs 3 Norwich City
Chelsea 2 vs 1 Everton
Liverpool 1 vs 0 QPR
Wigan 2 vs 2 Aston Villa
Manchester United 5 vs 5 West Bromwich Albion
Newcastle United 0 vs 1 Arsenal
Totenham Hotspurs 1 vs 0 Sunderland
West Ham United 4 vs 2 Reading
Southampton 1 vs 1 Stoke City
Swansea City 0 vs 3 Fulham


