La Liga
EL-CLASICO – BARCELONA VS REAL MADRID 21 APRIL 2012 – LIVE STREAMING
0EL-CLASICO -BARCELONA VS REAL MADRID 21 APRIL 2012
Perlawanan yang dinantikan seluruh peminat kedua -dua pasukan bakal berlangsung awal pagi esok. Barcelona dan Real Madrid akan bertembung dalam satu lagi aksi El Clasico yang dijangka menarik.
Kedua-dua pasukan turun dengan misi yang sama iaitu mencatatkan kemenangan. Real Madrid yang satu ketika berada 10 mata dihadapan Barcelona iaitu bulan lalu, kini hanya dipisahkan 4 mata hasil 3 keputusan seri dari 11 perlawanan. Manakala Barcelona, mencatat kemenangan dalam 11 perlawanan sejak bulan lalu.
Lionel Messi sekali lagi menjadi taruhan apabila beliau meledak 18 gol dari 11 perlawanan tersebut. Messi kini bersaing dengan penyerang Real Madrid, Christiano Ronaldo dengan 41 gol untuk Madrid bagi gelaran penjaring terbanyak La Liga.
Baki saingan liga cuma tinggal lima perlawanan, Real Madrid yang turun ke Nou Camp awal pagi esok, perlu menang untuk menjarakkan kedudukan dengan Barcelona. Kalah bermakna cuma tinggal jurang 1 mata sahaja dipisahkan.
Perlawanan ini lebih menarik, selepas Real dan Barcelona tewas kepada lawan masing-masing pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah.
Rabu lalu, Real tunduk 1-2 kepada Bayern Munich di Stadium Allianz Arena, manakala Barcelona gagal menjaringkan gol dalam 24 percubaan ketika kalah 0-1 kepada Chelsea di Stamford Bridge.
Perlawanan El-Classico sebelum ini, dikuasai oleh Barcelona sejak beberapa perlawanan lalu. Dan hampir setiap perlawanan berkesudahan dengan insiden pergaduhan pemain dan layangan kad kuning dan merah.
Jangan lupa saksikan Barcelona vs Real Madrid jam 2.00 am. Link Live streaming sila lihat link dibawah.
Live Streaming Barcelona vs Real Madrid 22 April 2012<<–
-Keputusan Terkini/Penuh Barcelona vs Real Madrid akan diupdatedkan nanti…
‘ELCLASICCO’ REAL MADRID VS BARCELONA AWAL PAGI INI|LIVE STREAMING
0Keputusan Penuh
Real Madrid vs Barcelona
1 – 3
karim benzema min 1 – a.sanchez min 29,xavi min 54, fabregas min 66
Pertembungan dua gergasi bola sepak Sepanyol awal pagi ini menggamit tumpuan jutaan peminat diseluruh dunia. Perlawanan yang sering diisi dengan keadaan aksi menarik dan keadaan tegang itu memang dinantikan peminat kedua dua pasukan.
Barcelona dan Real Madrid akan bertarung di Santiago Bernabeu pada awal pagi dalam perlawanan yang bakal menyaksikan keduudkan tempat teratas takhta La Liga sebelum rehat tahun baru.
Barcelona telah memenangi empat El Clasico dalam dua musim lalu dan kemenangan itu amat penting untuk kejuaraan liga yang dimenangi mereka dua musim berturut-turut.
Terdapat begitu banyak sebab untuk menonton perlawanan ini. Pertama sekali, kedua-dua pasukan bermain menarik, dan mempamerkan corak menyerang. Dua orang pemain terbaik dunia ketika ini Christiano Ronaldo dan Lionel Messi antara factor perlawanan ini menjadi tumpuan.
Kedua-dua pemain terbaik di dunia juga akan akan melakar satu lagi perhitungan dalam karier bola sepak mereka untuk membuktikan siapa lebih baik awal pagi nanti.
Pengurus Pep Guardiola dan Jose Mourinho adalah kedua-dua pemimpin yang hebat, dan kedua-duanya mempunyai perbezaan mereka.
Madrid mempunyai kelebihan tiga mata dalam carta liga sekarang dengan satu perlawanan dalam tangan dan menang di tempat sendiri awal pagi ini, mereka benar-benar akan menjadikan keadaan sukar untuk Barcelona untuk memenangi gelaran liga Sepanyol ketiga kali berturut turut.
Rekod Pertemuan kedua dua pasukan :
Live Streaming Real Madrid vs Barcelona 11 Disember 2011- 5.am


