Sukan

bayern

BAYERN MUNICH RANGKUL GELARAN LIGA JUARA JUARA EROPAH – TEWASKAN BORUSSIA DORTMUND DI FINAL

0

BAYERN MUNICH TEWASKAN SETERU UTAMA BORUSSIA DORTMUND DI FINAL UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2013

bayern BAYERN MUNICH RANGKUL GELARAN LIGA JUARA JUARA EROPAH   TEWASKAN BORUSSIA DORTMUND DI FINAL

Bayern Munich menewaskan seteru utamanya dalam liga domestik Borussia Dortmund, di pentas Eropah apabila menang 2-1 ke atas lawannya itu pada perlawanan akhir Liga Juara Juara Eropah awal pagi tadi.

Dua kelab Jerman itu mencipta sejarah bola sepak negara itu, apabila mara bertemu sesama sendiri selepas Manchester United dan Chelsea melakukannya pada 2008.

Bayern Munich yang baru memenangi gelaran Bundesliga, bermula baik dengan mengasak ke gawang Dortmund. Selepas itu, permainan kembali seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Buntu tanpa jaringan pada separuh masa pertama, babak kedua menyaksikan corak permainan mula berubah. Bayern membuka tirai jaringan pada minit ke 60 menerusi Mario Mandzukic.

Dortmund bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan selepas dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Ilkay Gundogan setelah Marco Reus di jatuhkan dalam kotak penalti oleh Dante.

Ketika perlawanan seakan-akan menuju ke tambahan masa, Arjen Robben akhirnya muncul wira Bayern Munich apabila melakukan gerakan cantik bersama Frank Ribery yang membuat backheel dan disambut oleh Robben menewaskan penjaga gol Dortmund Roman Weidenfeller pada minit ke 89.

Kemenangan ini menebus kekecewaan final edisi lalu selepas tewas kepada Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti. Ini merupakan kejuaraan Liga Juara Juara ke 5 buat kelab Jerman itu menyamai pencapaian Liverpool sebelum ini.

nunez

JOHOR DT MENANG TIPIS KE ATAS PAHANG – SEPARUH AKHIR PIALA FA 2013

1

JOHOR DT MENANG 1-0 KE ATAS PAHANG – SLOT KE FINAL MASIH TERBUKA

nunez JOHOR DT MENANG TIPIS KE ATAS PAHANG   SEPARUH AKHIR PIALA FA 2013

Skuad Johor Darul Takzim gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri selepas hanya menang 1-0 ke atas Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin semalam.

Skuad bimbingan Fandi Ahmad itu seharusnya mampu memperolehi jaringan besar semalam, namun ketangkasan penjaga gol muda Pahang menggagalkan percubaan demi percubaan berbahaya barisan Johor DT.

Skuad Harimau Selatan itu mendominasi perlawanan pada babak pertama menerusi kelincahan yang ditunjukkan Norshahrul Idlan dan Azwan Roya yang kerap kali mendatangkan kucar kacir pada pertahanan Pahang.

Kehadiran penyerang import Pahang, Mathias gagal menembusi gawang dan pertahanan Johor DT. Sebaliknya, Johor DT membuka tirai jaringan menerusi gerakan menarik dari Norshahrul Idlan yang disempurnakan dengan cantik oleh pemain import Leonel Nunez pada minit ke 21.

Bersambung babak kedua, Johor DT terus menggandakan asakan, namun ketumpulan penyudah gagal menjaringkan gol. Pahang mula bangkit selepas kemasukan Fauzi Roslan di babak kedua.

Pahang memperolehi beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan, namun ketangkasan Al-Hafiz digawang Johor DT menafikan percubaan pemain Pahang.

Keputusan kekal 1-0 memihak Johor DT yang akan bertandang ke Stadium Darul Makmur 28 Mei ini bagi aksi timbal balik kedua separuh akhir Piala FA.

Pahang masih berpeluang untuk mara ke final, dan perlu menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri Selasa ini. Keputusan terkini perlawanan kedua Pahang vs Johor Darul Takzim 28 Mei 2013 akan dibawakan dari masa ke semasa.

Jangan lupa saksikan siaran langsung Pahang vs Johor Darul Takzim 28 Mei ini dari Stadium Darul Makmur live di Astro Arena 801 bermula jam 8.00 malam.

 

Go to Top