KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR BADMINTON GP EMAS TERBUKA MALAYSIA 2012- LEE CHONG WEI KE FINAL

LEE SONY BADMINTON GP EMAS TERBUKA MALAYSIA 2012   LEE CHONG WEI TEMU SONY DWI KUNCORO DI FINAL

Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei akan menentang pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka Malaysia 2012 hari ini selepas menewaskan Tommy Sugiarto 21-18, 21-18, semalam.

Beliau mengambil masa selama 46 minit untuk menewaskan Tommy yang merupakan anak kepada bekas pemain Indonesia, Icuk Sugiarto.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir, Sony Dwi Kuncoro mudah menumpaskan seorang lagi pemain negara, Muhammad Hafiz Hashim 21-19, 21-10.

Chong Wei yang sebelum ini kurang yakin untuk bermain di jaring kesan daripada kecederaan pada bahunya sebelum ini berkata, beliau kembali mendapat semangat untuk bermain corak sedemikian.

“Saya sudah ada keyakinan sedikit untuk bermain di jaring selepas mengikuti beberapa siri latihan,” katanya.

Namun, ujar Chong Wei, beliau akan lebih berhati-hati supaya tidak terlalu memaksa diri sehingga boleh menganggu persediaan ke Sukan Olimpik London, Julai ini.

Sementara itu, beregu pilihan pertama kejohanan itu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mengalahkan rakan senegara Mohd. Zakry Abdul Latif-Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari 17-21, 21-16, 21-13 untuk mara ke perlawanan akhir.

Mereka akan menentang Chooi Kah Ming-Ow Yao Han yang menewaskan rakan senegara, Gan Teik Chai-Ong Soon Hock 20-22, 21-6, 21-16.

Beregu wanita veteran Chin Eei Hui-Wong Pei Tty pula menewaskan gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Yui Miyauchi 21-19, 21-10 untuk bertemu pasangan Singapura, Shinta Mulia Sari-Yao Lei yang mengetepikan satu lagi beregu negara, Goh Liu Ying-Lim Yin Loo 21-18, 21-14.

Sementara itu, wakil tunggal beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mengalahkan pasangan Indonesia Riky Widianto-Puspita Richi Dili 21-18, 21-18 untuk bertemu Fadhilah Irfan-Anggraini Weni.

sumber : utusan