admin
(131 comments, 931 posts)
This user hasn't shared any profile information
Home page: http://portalsukan.com
Posts by admin
KLHC JUARA PIALA TNB 2013
0KEPUTUSAN PENUH FINAL HOKI PIALA TNB-MHL 2013
Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) berjaya menjulang trofi ke-13 Liga Hoki Malaysia (MHL) selepas mengalahkan musuh tradisi, Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2-1 pada perlawanan akhir Piala TNB di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
TNB mendahului seawal minit kelima menerusi jaringan Amir Farid Ahmad Fuzi. KLHC bangkit menyamakan kedudukan hasil jaringan Mohd. Syamim Mohd. Yusof pada minit ke- 15 sebelum Muhammad Imran muncul wira KLHC dengan menjaringkan gol kemenangan menerusi pukulan penalti lima minit sebelum permainan tamat.
Kejayaan tersebut merupakan gelaran berganda ketiga berturut-turut buat skuad kendalian Muhd. Dhaarma Raj Abdullah itu yang turut menjuarai Liga Premier musim ini.
Sebelum ini, mereka memenangi gelaran berganda pada musim 2011 dan 2012, dan ironinya, kedua-dua kejayaan itu dilakar selepas menewaskan pasukan yang sama.
KLHC membawa pulang hadiah kemenangan bernilai RM70,000 manakala TNB pula meraih RM50,000 selaku naib juara. Sapura pula memenangi RM40,000 untuk tempat ketiga selepas menewaskan Maybank 2-1 pada aksi penentuan ketiga/keempat kelmarin. Maybank menerima habuan berjumlah RM30,000.

