You are here: Home » Sukan » Bola Sepak » Safee Sali » 3 KELAB EROPAH ‘MINAT’ DAPATKAN SAFEE SALI- BENARKAH??
3 KELAB EROPAH ‘MINAT’ DAPATKAN SAFEE SALI- BENARKAH??
GALATASARY, PARIS SAINT GERMAIN (PSG) DAN PANATHINAIKOS BERMINAT DAPATKAN SAFEE SALI
Safee Sali ke Galatasary, Paris Saint Germain (PSG) atau Panathinaikos??? | Meskipun masih belum menyelesaikan isu kontrak bersama kelab ISL Pelita Jaya, penyerang skuad kebangsaan Safee Sali kini dikaitkan pula dengan beberapa kelab Asia Tenggara dan Eropah.
Jika sebelum ini, pengurusan Safee Sali masih lagi belum menemui penyelesaian isu kontrak beliau yang disifatkan terlalu lama untuk diikat bersama Pelita Jaya, apabila kelab itu mahu mengikat Safee selama 3 tahun, dan diberitakan hanya akan diketahui penghujung bulan ini.
Ia begitupun kurang dipersetujui kapten Pelita Jaya itu atas alasan ‘terlalu lama’ yang dikhuatiri bakal membuatkan persembahannya kekal statik tanpa sebarang peningkatan.
Safee Sali dilaporkan turut diintai juara Liga Thailand 2010, Muang Thong United. Dan terbaru beliau mengakui turut ditawarkan secara lisan setakat ini dari 3 buah kelab Eropah.
Difahamkan, ketiga-tiga kelab tersebut ialah kelab dari Turki, Galatasaray, Panathinaikos FC (Greece) dan juga kelab Perancis, Paris Saint Germain yang baru sahaja mendapat sentuhan bekas pengendali Chelsea, Carlo Ancelotti baru-baru ini.
Pengurus Safee Sali, Zakaria begitupun enggan mengesahkan spekulasi tersebut yang ketika ini begitu rancak diperkatakan oleh peminat bola sepak tempatan di laman blog dan juga Facebook.
Jika sebelum ini, Safee Sali telah dikaitkan dengan banyak kelab luar negara antaranya QPR, Cardiff City dimana beliau telah pun menjalani latihan percubaan, namun sehingga kini masih tiada petanda positif mengenai tawaran yang sebenar benarnya. Safee Sali juga pernah dikaitkan dengan kelab Bundesliga, namun sehingga kini semuanya cuma khabar angin.
Beberapa pemain negara sebelum ini, turut diberitakan akan dipancing kelab Eropah, antaranya Baddrol Bakhtiar yang dikatakan diminati Wigan Athletic.
**biarkan khabar angin ini terus bertiup…..
This entry was posted by admin on January 17, 2012 at 7:16 am, and is filed under Safee Sali. Follow any responses to this post through RSS 2.0.You can leave a response or trackback from your own site.


