Archive for June, 2012
KEPUTUSAN TERKINI LIGA SUPER 30 JUN 2012 – LIVE STREAMING
0KEPUTUSAN TERKINI/PENUH LIGA SUPER 30 JUN 2012
5 Perlawanan Liga Super berlangsung malam ini. Siaran langsung di Astro Arena adalah perlawanan Kedah vs Terengganu. Manakala RTM1 menyiarkan live T-team vs Felda United.
Link live streaming perlawanan Liga Super yang berlangsung malam ini dikongsikan dibawah. Keputusan terkini dan penuh akan dibawakan dari masa ke semasa.
LIVE STREAMING KEDAH VS TERENGGANU 30 JUN 2012<<–
LIVE STREAMING T-TEAM VS FELDA UNITED 30 JUN 2012<<–
Keputusan Penuh Liga Super 30 Jun 2012
Kedah vs Terengganu – FT
2 : 1
khyril muhymeen 22′,baddrol bakhtiar 69′ – muslim ahmad 4′
T-Team vs Felda United – FT
0 : 1
yong kwan yong 18′
Sarawak vs Johor FC – FT
3 : 1
yosri dermaraju 52′, g.mbele 59′, zamri morshidi 64′ – haris safwan 72′
Kuala Lumpur vs Sabah – FT
2 : 4
zakaria charara-pen. 73′, afiq azmi 82′ – razid gafar 11′, a.jihad (o.g) 53′,radzi husin 72′, Leopold Alphonso Otong 88′
PKNS vs Negeri Sembilan – FT
2 : 1
firdaus azizul 8′
JADUAL LIGA SUPER 3 JULAI 2012 DAN 6 & 7 JULAI 2012
KELAYAKAN PIALA ASIA B22 – HATRIK ROZAIMI BENAM VIETNAM 3-0
6KEPUTUSAN PENUH KELAYAKAN PIALA ASIA B22 – MALAYSIA 3 – 0 VIETNAM
Skuad bawah 22 tahun kebangsaan bimbingan Ong Kim Swee meneruskan rentak kemenangan dalam kempen kelayakan Piala Asia B22 di Myanmar apabila menewaskan Vietnam B22 dengan keputusan 3-0 sebentar tadi.
Rozaimi Abd Rahman sekali lagi menjadi wira skuad negara apabila menyumbang hatrik keduanya dalam kelayakan ini apabila menjaringkan ketiga-tiga gol Malaysia.
Walaubagaimanapun, skuad negara terlebih dahulu diasak bertubi-tubi oleh Vietnam yang kerap kali melancarkan serangan dan asakan bertali arus ke gawang skuad negara.
Vietnam menguasai perlawanan pada babak pertama dengan menampilkan corak permainan fizikal yang agresif sehingga beberapa layangan kad kuning diberikan oleh pengadil.
Skuad kebangsan kelihatan cuba mencari rentak pada separuh masa pertama tetapi hantaran bola oleh pemain kebangsaan kurang memberansangkan dan penjaga gol Vietnam kurang diuji oleh Malaysia U22 kerana tiada percubaan berbahaya dari mereka.
Pada minit ke 42, Rozaimi berjaya mengegarkan gawang Vietnam, namun gol tersebut dibatalkan kerana beliau sudah pun offside. Separuh masa pertama tamat dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Percaturan Ong Kim Swee di babak kedua dengan mengeluarkan Wan Zaharulnizam dan memasukkan Nazirul Naim dan meletakkan Ashri Chu Chu di bahagian sayap kiri jelas memberi impak kepada skuad negara.
Gandingan Ashri, Wan Zack dan Rozaimi kerap kali memecahkan pertahanan Vietnam. Dan hasilnya pada minit ke 53 Rozaimi meletakkan Malaysia 1-0 di hadapan hasil hantaran oleh Wan Zack Haikal dari sebelah kanan.
Perlawanan bertambah sengit selepas jaringan gol Rozaimi dan pasukan Vietnam bermain lebih kasar dan lasak menyebabkan beberapa kad kuning telah dilayangkan 20 minit selepas separuh masa pertama dimulakan.
Jurulatih Ong Kim Swee membuat keputusan mengeluarkan Wan Zack yang kerap diasak keras oleh pemain Vietnam dan memasukkan Azrif Nasrulhaq.
Vietnam mula untuk mencari gol penyamaan dan melancarkan serangan, walaubagaimanapun benteng pertahanan negara yang diketuai oelh Fadhli Shas sukar untuk ditembusi. Fadhli Shas bermain dengan cemerlang kerap kali mematahkan serangan pasukan Vietnam.
Ketika perlawanan seakan-akan berakhir dengan keputusan 1-0, Rozaimi meledak menjaringkan gol kedua pada minit ke 90 dan selang 2 minit selepas itu di masa tambahan beliau menambah gol ketiga perlawanan dan memberikan keputusan 3-0 memihak Malaysia U22.
Malaysia kini mengumpul 9 mata 1 mata kurang dari Myanmar yang menewaskan Taiwan 6-2 sebentar tadi dan menunggu keputusan perlawanan Korea vs Filipina sebentar lagi yang dijangka memihak Korea.
Malaysia perlu menang ke atas Myanmar dalam perlawanan terakhir 3 Julai ini untuk layak secara automatik ke pusingan akhir nanti.
Jangan lupa saksikan siaran langsung Malaysia u22 vs Myanmar u22 3 Julai 2012 live Astro Arena 801 jam 6.15 pm.
Video Highlights Malaysia u22 vs Vietnam u22 3 : 0
-credit to fb speedgoalmalays



