Archive for April, 2012
LIVE STREAMING MANCHESTER CITY VS MANCHESTER UNITED 1 MEI 2012 – EPL
0LIVE STREAMING MANCHESTER UNITED VS MANCHESTER CITY 1 MEI 2012| EPL RESULT
Full Time
Man City 1 – 0 Man United
-Vincent Kompany-
Perlawanan derby yang dinantikan kedua-dua peminat kelab Manchester United dan Manchester City akan dilangsungkan awal pagi ini di Etihad Stadium. Jika sebelum ini United mendahului City dengan perbezaan mata yang ketara, kini jurang mata cuma dibezakan 3 mata sahaja.
Kekalahan kepada City akan meletakkan skuad bimbingan Sir Alex Ferguson itu ditangga kedua kerana kelebihan jumlah perbezaan jaringan yang dimiliki oleh Manchester City biarpun mempunyai mata yang sama.
Dengan baki perlawanan cuma tinggal dua sahaja lagi, perlawanan elclasico Manchester ini pastinya menarik dengan kedua-dua pasukan perlu menang untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris.
Saingan Liga Perdana Inggeris kini cuma tertumpu kepada dua kelab Manchester ini, kerana lain-lain pasukan agak mustahil untuk menjuarai liga dengan baki 2 perlawanan yang tinggal.
Manchester United selepas ini perlu mengharungi 2 perlawanan menentang Swansea City di Old Trafford pada 6 Mei ini dan Sunderland digelanggang lawan pada 13 Mei sebagai perlawanan terakhir.
Manakala Manchester City pula perlu berdepan halangan Newcastle United di gelanggang lawan pada 6 Mei dan perlawanan terakhir menentang QPR pada 13 Mei di gelanggang sendiri.
Saksikan siaran langsung Manchester City vs Manchester United di Astro ESPN 812 jam 2.00 pagi ini. Link live streaming seperti dibawah.
LIVE STREAMING MANCHESTER CITY VS MANCHESTER UNITED 1 MEI 2012
#LINK 3
#LINK 4
**please try all the link…
-keputusan terkini/penuh Manchester City vs Manchester United akan diupdated nanti..Video Highlights perlawanan juga.
LEE CHONG WEI TEWAS AKSI FINAL BADMINTON TERBUKA INDIA 2012
0KEPUTUSAN PENUH FINAL BADMINTON TERBUKA INDIA 2012
Pemain perseorangan nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei tewas kepada pemain Korea Shon Wan Ho yang berada di no 17 dunia pada perlawanan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Super Series Terbuka India sebentar tadi.
Datuk Lee Chong Wei yang mara ke final selepas menewaskan pemain Taiwan Jen Hao Hsu di separuh akhir dipaksa beraksi 3 set oleh pemain muda Korea itu, yang menyaksi beliau tewas di set pertama 21-18.
Bagaimanapun, seperti mendapat momentum permainan, Datuk Lee Chong Wei bangkit untuk mengheret perlawanan ke set penentuan selepas menang 21-14 di set kedua.
Namun, di set ketiga, pemain muda Korea Selatan itu menunjukkan semangat untuk melawan dan memaksa Datuk Lee Chong Wei melakukan beberapa kesilapan untuk menewaskan pemain nombor satu dunia itu dengan 21-19.
Kekalahan ini sekaligus melenyapkan impian Chong Wei untuk mempertahan gelaran perseorangan lelaki yang dimenanginya pada edisi yang lalu di kejohanan yang sama.
Kejohanan Badminton Terbuka India merupakan kejohanan besar yang pertama disertai oleh Datuk Lee Chong Wei selepas mengalami kecederaan bahu ketika beraksi di Final All England yang lalu.
Ini merupakan kejohanan pertama saya selepas kembali dari kecederaan di All England. Jadi, tidak mengapa. Shon bermain dengan amat baik,katanya.
Beliau berkata, tumpuan beliau kini adalah sukan olimpik dan mempunyai tiga bulan lagi untuk berlatih.
Sementara itu, dalam aksi beregu lelaki, pasangan dari Thailand menewaskan pasangan nombor 2 dunia dari Korea iaitu Sung Hyun Ko/Yoo Yeon Seong 21-17,14-21,21-14 dalam masa 53 minit.
Beregu wanita pula, menyaksikan Jung Kyun Eun-Kim Ha Na menewaskan pasangan beregu China Bao Yixin-Zhong Qianxin 21-17, 21-18.
Manakala penyandang juara beregu campuran dari Indonesia’s Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir menewaskan pasangan dari Thailand Sudket Prapakamol-Saralee Thoungthongkam 21-16, 12-21, 21-14.
Dalam acara perseorangan wanita pemain China Li Xuerai menewaskan wakil Jerman Juliane Schenk 14-21, 21-17, 21-9.

