Archive for October, 2011

IRFAN BAKTI

SPEKULASI LIGA M 2012 | IRFAN BAKTI SAH TINGGALKAN TERENGGANU UNTUK KE SELANGOR MUSIM HADAPAN | MAT ZAN MAT ARIS KE TERENGGANU

0

IRFAN BAKTI SPEKULASI LIGA M 2012 | IRFAN BAKTI SAH TINGGALKAN TERENGGANU UNTUK KE SELANGOR MUSIM HADAPAN | MAT ZAN MAT ARIS KE TERENGGANU

Ketua Jurulatih Terengganu Haji Irfan Bakti hari ini secara rasminya mengesahkan bahawa akan meninggalkan skuad Finalis Piala Malaysia 2011 itu menjelang musim Liga Malaysia 2012 yang akan memulakan sepak mulanya pada awal Januari depan. Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat yang berlangsung bersama PBSNT petang tadi. Beliau juga dikatakan bakal membimbing skuad Gergasi Merah – Selangor pada musim hadapan, perkara ini masih dalam perbincangan. Terengganu pula bakal mendapat sentuhan semula Mat Zan Mat Aris pada musim 2012.

Setelah dua musim melakar beberapa kejayaan bersama pasukan Terengganu, hari ini jurulatih yang pernah membimbing kelab elit Liga Super Indonesia Persipura melakar kejuaraan  Wilayah Timur Devisyen Satu Liga Indonesia pada tahun 2007 akhirnya mengambil keputusan untuk berundur dari skuad Penyu itu. Sememangnya kontrak beliau tamat selepas Piala Malaysia 2011, namun beliau mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak tersebut.

Dibawah bimbingan Irfan Bakti, Terengganu berjaya menjadi Juara Piala FA 2011, Naib Juara Liga Super 2011 dan beberapa kali layak ke separuh akhir Piala FA dan Piala Malaysia sepanjang tahun 2009-2011.

Keputusan ini sememangnya mengejutkan ramai pihak, terutama penyokong Terengganu yang masih mengharapkan sentuhan ajaib beliau untuk musim hadapan. “Setelah mencapai persetujuan antara saya dan pengurusan, jadi saya mengundur diri, tidak lagi menyambung kontrak saya yang akan berakhir 30 November ini dan persefahaman ini adalah yang terbaik bagi saya dan pengurusan,” ujarnya di sini hari ini.

Mesyuarat ini juga memutuskan beberapa pemain yang kekal dalam pasukan Terengganu dan terdapat juga beberapa orang pemain akan berhijrah ke pasukan lain. Antara pemain-pemain yang telah bersetuju untuk kekal bersama Terengganu dan berhijrah keluar adalah seperti berikut ;

Senarai penuh Pemain Terengganu yang kekal / keluar untuk musim 2012..
1.Haji Irfan Bakfi – Keluar
2.Hadi Yahya – Kekal
3.Mazlizam Mohamad – Kekal
4.Ashari Shamsudin – Kekal
5.Manaf Mamat – Kekal
6.Sharbinee Allawee – Kekal
7.Mazuki Yusof – Kekal
8.Joseph Kallah Tie – Kekal
9.Ronny Harun – Keluar
10.Reesyafiq Alwi – Kekal
11.Ismail Faruqi – Kekal
12.Ahmad Nordin Alias -Kekal
13.Helmi Remeli – Keluar
14.Mohamad Shamirza Yusof – Kekal
15.Mohd Shahril Saa’ri -Kekal
16.Nik Zul Aziz Nawawi – Kekal
17.Mohamad Muhaimin Omar _blm dpt dipastikan
18.Hasmizan Kamaruddin – Kekal
19.Mohamad Hassan Basri Ahmad Ridzuan – Keluar
20.Md.Zubir Azmi – Kekal (ke Harimau Malaya)
21.Zharif Hasna – Keluar
22.Wan Mohamad Aliff Wan Jasmi – Keluar
23.Mohd Ailim Kamaruddin – Kekal

-sumber -

senarai pemain import / pemain baru yang akan masuk masih belum diputuskan PBSNT

 

 

 

bakar bendera terengganu

VIDEO PENYOKONG NEGERI SEMBILAN DIPUKUL BAKAR BENDERA TERENGGGANU SELEPAS FINAL PIALA MALAYSIA | BETULKAH INI ?

0

bakar bendera terengganu VIDEO PENYOKONG NEGERI SEMBILAN DIPUKUL BAKAR BENDERA TERENGGGANU SELEPAS FINAL PIALA MALAYSIA | BETULKAH INI ?

Selepas aksi Final semalam, timbul cerita hangat mengenai tindakan Provokasi seorang penyokong Negeri Sembilan yang dikatakan membakar bendera negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu yang mana mengundang padah apabila dia dibelasah sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan pelaku terbabit. Kejadian berlaku sejurus selepas tamatnya Final Piala Malaysia malam tadi dengan menyaksikan Terengganu tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan.

Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul.Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 – 2 kepada Negeri Sembilan.

Apa yang dikesalkan jika benar kejadian seumpama ini berlaku adalah sikap pelaku terbabit yang tidak menghormati lambang kebesaran sesebuah negeri, dan tindakan membakar bendera ini adalah satu tindakan yang sememangnya wajar dikutuk oleh semua pihak. Namun kejadian ini tidaklah menggambarkan keseluruhan rakyat Negeri Sembilan yang sememangnya juga tidak bersetuju dengan tindakan pelaku..Itupun jika benar kejadian ini berlaku seperti digembar gemburkan dalam blog-blog di Malaysia.

**admin sendiri belum mendapat kesahihan berita ini..ada sesiapa yang boleh sahkan…adakah dibawah ini video berkaitan dengan kejadian ini…

Penyokong N9 DiBelasah Bakar Bendera Terengganu

Go to Top