KEPUTUSAN TERKINI KELANTAN VS TERENGGANU 25 MEI 2013 – SEPARUH AKHIR PERTAMA PIALA FA
0KEPUTUSAN PENUH/TERKINI KELANTAN VS TERENGGANU 25 MEI 2013 – PIALA FA SEPARUH AKHIR PERTAMA | JOHOR DT VS PAHANG |
Keputusan Penuh
Kelantan vs Terengganu
4 : 1
Johor DT vs Pahang
1 : 0
*keputusan terkini akan dibawakan dari masa ke semasa*
Perlawanan derby pantai timur menemukan Kelantan berdepan Terengganu dalam aksi separuh akhir Piala FA 2013 malam ini. Perlawanan dijangka menarik dengan kedua dua pasukan pastinya mahu menang Piala FA selepas menyaksikan perburuan liga semakin sukar buat kedua-dua pasukan.
Kelantan dan Terengganu kedua-duanya tewas perlawanan terakhir mereka dalam liga super. Kelantan masih segar dengan kekalahan 0-2 kepada Johor Darul Takzim yang mana menyaksikan dua bekas pemain mereka sendiri menjaringkan gol kemenangan JDT.
Turun dengan misi mahu menebus maruah jurulatih Bojan Hodak yang dikecam hebat peminat dan pengurusan KAFA, Kelantan mahu mencari bekalan selesa menjelang aksi separuh akhir kedua di Kuala Terengganu.
Bagi skuad Terengganu, mereka mahu bangkit selepas tewas 0-2 kepada Selangor dalam aksi liga minggu lalu. Pemain import Effa Owona masih belum dapat dipastikan akan diturunkan malam ini, namun ada khabar angin mengatakan pemain itu telah pun kembali menjalani latihan bersama skuad Penyu.
Jangan lupa saksikan siaran tertunda Kelantan vs Terengganu di RTM1 jam 11.30 malam ini. Keputusan terkini Kelantan vs Terengganu akan dibawakan dari masa ke semasa. Siaran Langsung Kelantan vs Terengganu disiarkan di Astro Arena 801.
Live streaming Kelantan vs Terengganu akan dikongsikan jika ada sahaja.
LIVE STREAMING KELANTAN VS TERENGGANU
SIARAN LANGSUNG SEPARUH AKHIR PIALA FA 25 MEI 2013 DI RTM 1 & ASTRO 817 – LIVE STREAMING
0SIARAN LANGSUNG SEPARUH AKHIR PERTAMA PIALA FA 25 MEI 2013 – JOHOR DARUL TAKZIM VS PAHANG LIVE RTM1 -
image kredit : rtm fb
Keputusan Penuh
Johor DT vs Pahang
1 : 0
l.nunez 21′
*keputusan terkini akan dibawakan dari masa ke semasa*
Perlawanan separuh akhir pertama Piala FA 2013 malam ini akan menemukan tiga pasukan pantai timur dan satu pasukan dari selatan tanah air. Johor Darul Takzim akan melayan kunjungan Pahang di Larkin, manakala Kelantan menanti kunjungan Terengganu di Kota Bahru.
Perlawanan separuh akhir pertama Piala FA Johor Darul Takzim FC vs Pahang pada 25 Mei 2013 (malam ini) akan disiarkan siaran langsung di RTM1 pada jam 8.45 malam. Jangan lupa saksikan juga siaran langsung perlawanan ini yang akan disiarkan di Astro 817.
Manakala perlawanan separuh akhir Piala FA 2013 Kelantan vs Terengganu akan dibawakan siaran tertunda pada jam 11.30 malam di RTM TV1. Keputusan terkini dan penuh Kelantan vs Terengganu akan dibawakan dari masa ke semasa.
Ikuti siaran live streaming RTM1 dan Astro 817 – Johor Darul Takzim vs Pahang 25 Mei 2013 di link yang akan dikongsikan dibawah :
LIVE STREAMING JOHOR DARUL TAKZIM VS PAHANG
**Perubahan pada live streaming akan di beritahu kelak…

